Solat Jumaat Dua Sesi Akan Diumumkan Hujung Minggu Ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata bahawa keputusan untuk solat Jumaat dua sesi akan diumumkan hujung minggu ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa perkara itu telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan dipanjangkan kepada pihak berkuasa negeri untuk diputuskan.
Sejak seminggu yang lalu, masjid dan surau Jumaat telah dibuka kepada bilangan yang lebih ramai berdasarkan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, hal ini dilihat masih belum dapat menampung bilangan umat Islam yang ramai di Malaysia.
Justeru pelaksanaan solat Jumaat dua sesi diharapkan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai umat Islam. Dr Zulkifli juga menyeru supaya umat Islam tidak hanya datang menunaikan solat Jumaat, malah termasuk solat fardhu.
No comments: