Saringan Suhu Badan Hanya Di Pintu Masuk Pusat Membeli-Belah Sahaja – Ismail Sabri
Kerajaan hari ini memaklumkan bahawa saringan suhu yang dilakukan setiap kali masuk ke kedai-kedai di pusat membeli belah tidak ada lagi. Pengunjung akan melakukan saringan suhu di setiap pintu masuk pusat membeli-belah sahaja.
Namun, rekod butiran seperti nama dan nombor telefon masih wajib dicatat secara manual atau melalui aplikasi My Sejahtera sebagai pengesanan setiap kedai yang dimasuki di pusat beli-belah tersebut.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri di dalam sidang media yang berlangsung hari ini.
Mulai hari ini, saringan suhu badan hanya di pintu masuk pusat membeli-belah sahaja – Ismail Sabri pic.twitter.com/aFB1bvdVSj
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 29, 2020
Sumber: Sidang Media MKN
Iklan
The post Saringan Suhu Badan Hanya Di Pintu Masuk Pusat Membeli-Belah Sahaja – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.
No comments: