Ads Top

Ibadah Haji Dihadkan Kepada Umat Islam Di Arab Saudi Sahaja

Terkini, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan bahawa ibadah Haji tahun ini tidak akan dibatalkan.

Menerusi Kementerian Haji Arab Saudi, kerajaan bersetuju untuk membenarkan ibadah Haji tahun ini diteruskan dengan bilangan jemaah yang dihadkan kepada umat Islam yang berada di Arab Saudi sahaja.

Keputusan yang diambil itu bagi menjaga aspek kesihatan rakyat di negara tersebut sekali gus mengutamakan keselamatan nyawa sebagaimana yang dianjurkan Islam.

Walau bagaimanapun, berikutan dengan bilangan dan senarai jemaah yang bakal diterima adalah masih belum diputuskan.

Keputusan itu sedikit sebanyak dapat menghilangkan kekecewaan terhadap umat Islam yang sudah menetap di Arab Saudi kerana sebelum ini rata-rata bimbang jika kerajaan memutuskan pembatalan ibadah tersebut.

Sebelum ini, beberapa negara telah membuat keputusan untuk membatalkan ibadah Haji termasuklah Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Sumber:
Statement by the Saudi Ministry of Hajj and Umrah




No comments:

Powered by Blogger.