Netizen Bengang, Video Tular Wanita Ini Seperti Mempersendakan Penumpang MH370
![](https://i0.wp.com/sgp1.digitaloceanspaces.com/sk-bucket/2020/05/02130657/BeFunky-collage-87_censored.jpg?fit=128%2C64&ssl=1)
Tular satu video di lama Twitter seolah-olah seperti mempersendakan kehilangan pesawat Malysia Airlines, penerbangan MH370 daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Difahamkan melalui video tersebut, seorang individu yang menggunakan aplikasi berlatarbelakangkan di dalam laut seolah-olah sedang mencari sesuatu dan menganggap ia seperti lucu.
Pada babak pertama video tersebut dia seolah-seolah sedang mengemop di dasar laut dan babak seterusnya dia meletakkan kapsyen ” The People on Malaysia Airline Flight 370 just chillin.”
Namun, apa yang dikesali ada segelintir yang mengaku diri mereka orang Malaysia juga seperti menyokong tindakan individu di dalam video ini.
Ada sesetengah individu yang komen pada video tersebut dan mengatakan ini bukanlah sesuatu untuk diketawakan.
Rata-rata netizen bersedih dan marah dengan kelakuan tidak keperimanusian ini. Kelakuan dalam video ini juga seakan-akan tidak menjaga hati keluarga yang menjadi mangsa dalam kejadian ini. Video tersebut seperti mengejek pesawat yang hilang sejak enam tahun lalu.
Sumber: Twitter
The post Netizen Bengang, Video Tular Wanita Ini Seperti Mempersendakan Penumpang MH370 appeared first on Siakap Keli.
No comments: