Ads Top

Putrajaya Sport Tourism Expo Tampil Pelbagai Pameran Menarik Jenama Sukan

Putrajaya Sport Tourism Expo (STEX) edisi pertama bakal berlangsung selama tiga hari, 10 Januari hingga 12 January dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Expo ini terbuka kepada semua pengunjung dengan pelbagai pameran menarik daripada jenama-jenama sukan terkenal seperti Brooks, Hoka, Suunto, Saucony, Voltra, Brooks, dan banyak lagi.

Pada hari pertamaJumaat, bakal diadakan forum menarik yang membincangkan topik berkaitan acara larian dan impaknya terhadap pelancongan.

Forum ini menampilkan panel khas dari Thailand, iaitu Rut Jiroajvanichakorn, pemilik acara larian Bangsaen 21 di Thailand, satu-satunya acara larian yang diiktiraf sebagai Road Race Platinum Label oleh World Athletics-Association of International Marathons and Distance Races (AIMS) di dunia.

Turut bersama dalam forum ini ialah Dr. Imelda Nasreen Balchin, merupakan seorang doctor pakar Obstetrik & Ginekologi dan juga seorang atlet marathon, berkongsi penerangan menarik mengenai mitos sukan dan kesihatan.

Sepanjang expo ini berlangsung, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai mini workshop yang diadakan serta memenangi hadiah menarik melalui lucky draw.

Di sekitar kawasan auditorium, terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk mempromosikan produk dan jenama, antaranya Inline Skate, Pickleball dan pameran khemah yang dianjurkan oleh Decathlon.

Pada Sabtu, 11 Januari, acara Friendship Run & Kid Dash akan berlangsung berhadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan penyertaan seramai 1,500 peserta, bagi meraikan ulang tahun ke-10 Twincity Marathon yang akan berlangsung pada hari ahad di Cyberjaya. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Putrajaya STEX di https://putrajayastex.com atau ikuti laman sosial Instagram @PutrajayaSTEX atau laman rasmi dan media sosial Twincity Marathon. – KopiPlanet.com

The post Putrajaya Sport Tourism Expo Tampil Pelbagai Pameran Menarik Jenama Sukan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.