Ads Top

(Video) “Memang Benar Ramai Keluar Semalam”, Menteri Akui Dakwaan Tular, Tegaskan Hukuman Lebih Berat

Putrajaya, 14 April – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dakwaan terdapat ramai kelompok yang keluar semalam seperti mana yang tular di media sosial.

Katanya, masih ramai yang keluar seperti biasa dengan alasan untuk mengambil wang Bantuan Prihatin Nasional yang diberikan kerajaan.

Susulan itu, pihak polis bersetuju pematuhan masih belum mencapai ke tahap yang disasarkan.

“Ramai lagi yang agaknya dah lupa, atau sengaja lupa, masih lagi keluar seperti biasa.

“Jadi disebabkan itulah pihak polis tidak akan hanya memberi kompaun, tetapi akan menghadapkan mereka ke mahkamah.

“Saya ingin ingatkan, kalau dihadapkan ke mahkamah, mungkin mereka akan direman, mungkin akan berada di dalam lokap satu atau dua hari,” tegas beliau.

Tambahnya, kompaun kali ini bukan seperti saman kereta yang dipandang ringan oleh sebahagian rakyat Malaysia.

“Saya percaya anggapan dari rakyat kita, seperti dapat saman kereta. Sesetengah tu tak bayar sampai bila-bila. Tapi kali ini berbeza,” kata beliau.

”Kerana ramai yang tak takut kompaun, insyaAllah mulai esok, tiada kompromi lagi dan kita akan tuduh mereka di mahkamah, tindakan lebih keras dari kompaun,” tegasnya.

Sumber: RTM

The post (Video) “Memang Benar Ramai Keluar Semalam”, Menteri Akui Dakwaan Tular, Tegaskan Hukuman Lebih Berat appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.