PKPD Sungai Lui Di Hulu Langat Tamat, Kecuali Di Maahad Tahfiz An-Nabawiyah & Sebuah Rumah- Menteri
PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan Sungai Lui di Hulu Langat, Selangor berakhir hari ini, atas nasihat Menteri Kesihatan.
Namun, penamatan PKPD itu tidak termasuk bagi kawasan Maahad Tahfiz An-Nabawiyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kg. Paya Lebar, Sungai Lui yang akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.
“Bermakna tujuh perkampungan Melayu dan dua perkampungan orang asli sudah ditamatkan PKPD, kecuali dua tempat tadi,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.
Bagi PKPD di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baru Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, akan dilanjutkan sehingga 28 April disebabkan berlaku pertambahan kes di kampung-kampung kawasan berkenaan.
Manakala PKPD ke-3 di Menara City One, Jalan Munsyi Abdullah serta PKPD ke-4 di Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India juga turut dilanjutkan sehingga 28 April.
#PKPD di Sungai Lui, Hulu Langat bermula 30 Mac tamat hari ini, kecuali Maahad Tahfiz An Nabawiah dan sebuah rumah di Kg Payu Lebar Batu 23 dilanjutkan sehingga 28 April – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/XAKr6kft9B
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 14, 2020
Sumber: RTM
The post PKPD Sungai Lui Di Hulu Langat Tamat, Kecuali Di Maahad Tahfiz An-Nabawiyah & Sebuah Rumah- Menteri appeared first on Siakap Keli.
No comments: