PKP: Rakyat Dibenar Pulang Dari Luar Negara Dengan Bersyarat
Kerajaan masih membenarkan rakyat dari luar negara pulang ke Malaysia untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia adalah bersyarat.
“Dasar kita pada hari ini tidak menyekat rakyat pulang ke negara kita. Seperti yang kita tahu, ramai rakyat dari India yang terkandas kita bawa mereka pulang. Singapura pun sama.
“Tapi syaratnya, kita akan kuarantinkan mereka secara wajib,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.
Selain itu, Ismail menambah, jumlah kemasukan rakyat Malaysia dari Singapura setiap hari adalah tidak ramai.
“Walaupun angka harian menunjukkan kemasukan dari Singapura sekitar 1,900 ke 2,000 orang, tetapi 90 peratus daripadanya adalah yang terlibat dalam logistik, iaitu penghantaran barangan segar dari Malaysia ke sana.
“Sebaliknya yang benar-benar pulang adalah dalam 10 peratus atau 200 orang sahaja sehari,” tambahnya lagi.
Menurut Ismail, mereka yang pulang dari Singapura juga turut akan dilakukan saringan kesihatan dan kuarantin di pusat-pusat kuarantin di bawah kerajaan.
“Walaupun perintah lockdown dijalankan di sana, tetapi ia tidak meliputi keseluruhan.
“Ada industri keperluan asas masih dibuka dan ramai rakyat kita masih bekerja,” jelasnya.
Sumber: RTM
The post PKP: Rakyat Dibenar Pulang Dari Luar Negara Dengan Bersyarat appeared first on Siakap Keli.
No comments: