Jom Ramai-Ramai Ucapkan Selamat Hari Jadi Kepada Dato Seri Dr Noor Hisham Abdullah Sebagai Tanda Penghargaan Kita Kepada Beliau Dalam Usaha Memerangi Wabak Covid 19
Siapa yang tidak kenal dengan wajah yang kacak ini yang selalu muncul dikaca Tv dan juga di Media Sosial ketika ini, bukanlah seoarang pelakon atau pun artis tapi namanya disebut-sebut bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara juga. Dialah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (57) iaitu Ketua Pengarah Kesihatan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Nama beliau menjadi tular kerana kesungguhannya dalam menangani dan memerangi wabak Covid-19 di negara kita, beliau juga muncul dipersada antarabangsa kerana dinamakan antara doktor terbaik dunia oleh saluran Tv China Global TV Network CGTN di atas usahanya dalam menangani wabak Covid-19. Beliau dan dua lagi doktor iaitu Doktor Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Doktor Ashley Bloomfield dari NewZealand telah dianggap sebagai hero negara masing-masing dalam usaha memerangi Covid-19 lapor CGTN.
Harini jatuh hari ke-35 kita semua menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia juga jatuh sebagai hari lahir kepada hero kita iaitu Dr Noor Hisham Abdullah pada tanggal 21/4/2020, beliau dilahirkan pada 21/4/1963 di Sepang, Selangor. Sebagai rakyat malaysia yang menghargai perjuangannya, marilah kita sama-sama mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada beliau dan sama-sama kita doakan semoga beliau sihat sejahtera dan juga panjang umur. Jika anda tidak keberatan, bolehlah terus ke laman facebook beliau iaitu Noor Hisham Abdullah bagi mengucapkan selamat hari jadi kepada beliau secara lebih dekat.
Beliau juga ada berpesan dalam satu video pendek semalam bahawa hadiah hari lahir yang paling istimewa buat beliau adalah supaya kita semua kekal dirumah dan menjaga kebersihan bagi menghapuskan rantaian Covid-19 ini. Sama-sama jugalah kita panjatkan doakan semoga wabak Covid-19 ini pergi meninggalkan kita dengan cepat supaya kita semua dapat menjalani kehidupan kembali seperti sediakala. Akhir kata dari admin, SELAMAT HARI LAHIR DR. NOOR HISHAM ABDULLAH, SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI DAN SIHAT SELALU. JASAMU AMAT KAMI HARGAI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
#dudukrumah
#kitajagakita
#getlostcovid19
No comments: