Ads Top

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Perlu Prihatin Kebajikan Umat Islam Sepanjang PKP

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui kenyataan media yang telah dikeluarkan menyeru agar semua pengerusi jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia untuk memandang serius dengan memberi perhatian terhadap kebajikan umat Islam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Hal ini telah diambil kira melalui Persidangan Khas Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia tahun 2020. Ia telah diadakan pada 30 Mac 2020 yang mengambil tempat di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Antara perkara yang telah diambil perhatian melalui persidangan ini ialah berkenaan sumbangan yang dilakukan dan juga penyelarasan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Peruntukan yang diperoleh daripada tabung masjid hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin untuk anak-anak kariah terutamanya yang berada di kawasan kampung.

Selain itu, penyaluran sumbangan akan dipermudahkan oleh ahli jawatankuasa yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti anak-anak kariah yang tidak bertatus asnaf tetapi memerlukan bantuan.

Agihan bantuan akan dilakukan di masjid-masjid yang telah ditetapkan sebagai pusat komuniti. Hal ini adalah untuk memudahkan saluran itu agar sampai kepada mereka yang berhak.

Adapun, semua masjid dan surau diarahkan untuk melaksanakan operasi pembersihan dan nyah kuman semasa tempoh PKP ini.

Pihak berkuasa agama Negeri masing-masing akan memperincikan lebih lanjut berkenaan cadangan untuk memasang bacaan Al-Quran di masjid setiap kali sebelum azan.

Untuk makluman, Mesyuarat ini telah disertai oleh Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan wakil di peringkat negeri secara langsung dan juga melalui sidang video yang telah dilakukan.

Sumber:
Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)




No comments:

Powered by Blogger.