Terkini: 6 Lagi Kematian Akibat Covid-19 Disahkan Hari Ini – Dr. Noor Hisham
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa sehingga hari ini, 31 Mac 2020 terdapat 6 kes kematian baru.
Ini telah menyebabkan jumlah kumulatif ialah 43 kes dengan kadar kematian 1.55% daripada jumlah keseluruhan.
Maklumat Kematian Kes Covid-19
Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan wanita tempatan 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di HTJ Seremban pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac jam 4.04pm.
Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) merupakan lelaki tempatan 69thn yg mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau meninggal dunia pada 27 Mac di rumah dan jenazah dibawa ke HKL.
Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki tempatan berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 1.03pm.
Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.
Kes kematian ke-42 (kes ke-2628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia 31 Mac, 7.09am.
Kes kematian ke-43 (kes ke-2629), lelaki tempatan 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30pm.
Salam takziah dan semoga ahli keluarga terus tabah menerima dugaan ini.
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia 🇲🇾 31 Mac.
Dukacita dimaklumkan kematian bertambah 6⃣
Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini 4⃣3⃣ orang atau 1.55% daripada keseluruhan kes.
Salam takziah dan moga keluarga pesakit terus tambah.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 31, 2020
Sumber: KKM
The post Terkini: 6 Lagi Kematian Akibat Covid-19 Disahkan Hari Ini – Dr. Noor Hisham appeared first on Siakap Keli.
No comments: