Ads Top

17 Talian Hotline Disediakan Untuk Bantuan Zakat Kecemasan #MusaadahCOVID19

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengambil maklum berkenaan mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara.

Sehubungan dengan itu, MAIWP telah menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas dari segi pendapatan dan yang tidak menerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Usaha ini diselarikan dengan menyediakan sebanyak 17 talian hotline oleh Bantuan Zakat Kecemasan #MusaadahCOVID19 ini. Ia boleh dilakukan dengan hanya berhubung melalui WhatsApp ke mana-mana nombor yang telah ditetapkan.

Permohonan bantuan ini mengambil kira bukan sahaja mereka yang tidak menerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP, namun buat mereka yang menetap di Wilayah Persekutuan.

Anda boleh memohon dengan mengemukakan maklumat-maklumat yang diminta seperti berikut:

#1 – Nama pemohon
#2 – Pekerjaan suami dan isteri (jika berkaitan)
#3 – Pendapatan sebulan (ketika ini)
#4 – Alamat terkini
#5 – Bayaran sewa rumah (jika berkaitan)
#6 – Jumlah tanggungan (anak dan umur)
#7 – Tarikh nikah/cerai/pasangan meninggal
#8 – Maklumat masalah kesihatan (jika ada)

Kemudian, anda perlu menghantar gambar-gambar dokumen yang dinyatakan:

#1 – Kad pengenalan pemohon
#2 – Kad pengenalan isteri
#3 – Kad pengenalan atau Mykid tanggungan
#4 – Bil air atau bil api
#5 – Penyata akaun atau buku bank. Anda juga boleh screenshot melalui online banking (perbankan atas talian) yang dinyatakan nama dan nombor akaun tersebut.

Buat anda yang terlibat dan cukup syarat yang dikenakan, bolehlah menghubungi mana-mana talian WhatsApp yang disediakan di laman MAIWP.

Untuk pengetahuan, Bantuan Zakat Kecemasan COVID-19 ini telah memperuntukkan sebanyak RM3 Juta hasil pungutan yang telah dilakukan.

Justeru, ucapan terima kasih didahulukan buat para penderma yang membantu bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Sumber:
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan




No comments:

Powered by Blogger.