Ads Top

Nak Buat Kejutan, Zahirah Macwilson Berahsia Tarikh Kahwin

Pelakon Zahirah Macwilson enggan mendedahkan tarikh perkahwinannya dengan tunang, Aiman Hakim Ridza biarpun ada desas-desus mengatakan mereka bakal diijabkabulkan pada 20 Februari ini.

Malah, Aiman turut menulis tanda pagar ‘save the date 20 Februari 2020’ seolah memberikan bayangan mereka bakal disatukan pada tarikh cantik itu.

Menurut Zahirah, 25, pihak pengurusannya akan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak media dalam masa terdekat ini.

“Saya tak boleh nak cakap sekarang, tunggulah pada hari itu (majlis nikah) nanti. Itu sahaja yang saya boleh cakap buat masa ini.

“Bukan saya nak berahsia tapi saya suka ada elemen kejutan dan tiada sebarang sidang media khas akan diadakan bagi mengumumkan tarikh nikah.

“Pihak pengurusan akan menghantar jemputan kepada media nanti. Saya tidak buat majlis secara tertutup, saya mengalu-alukan kedatangan media pada hari tersebut,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Bulan & Pria Terhebat yang berlangsung di Nicsman, The Starling Mall, Damansara Utama hari ini.

Zahirah turut berkata majlis akad nikahnya akan berlangsung di Kuala Lumpur di mana ibu dan adik-adiknya yang menetap di Perth, Australia akan berkampung di sini untuk majlis bahagianya itu nanti.

“Majlis itu nanti akan jadi satu acara yang cukup intim dengan kehadiran insan-insan terapat saya.

“Kalau boleh, saya memang nak jemput semua peminat hadir sama tapi disebabkan kekangan keluasan lokasi majlis, saya tak boleh nak jemput semua,” ujarnya lagi.

Zahirah juga menyatakan perasaan terujanya untuk memulakan kehidupan baharu sebagai seorang isteri.

“Saya tak sabar nak mulakan fasa baharu dalam kehidupan, i’m excited,” katanya .

Zahirah dan Aiman bertunang pada 8 Jun lalu di kediaman ibu aktres itu di Perth.

Mereka mula berkenalan pada 2018 sebelum digandingkan bersama dalam drama bersiri Main-Main Cinta sebagai pasangan hero dan heroin. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.