Ads Top

(Video) Banduan Akhir Peluk Islam Ketika Sedang Menanti Hukuman Ke Tali Gantung

Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara. Jika Dia mengkehendaki-Nya, sesiapa pun tidak akan terkecuali mendapat rahmat dari Allah.

Terbaharu, menerusi perkongsian Ustaz Ebit di laman Facebook, beliau berkongsi mengenai kisah bagaimana seorang lelaki warga asing yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam ketika sedang menanti hukuman tali gantung.

Lelaki tersebut merupakan banduan di sel akhir, kini menghabiskan sisa hidup menanti hukuman ke tali gantung. Namun, siapa sangka, dengan dakwah yang diberikan, hidayah Allah muncul dalam waktu yang tepat.

Tadi di Penjara Perlis Banduan akhir menanti hukum gantung dari Nigeria tiba-tiba setelah dakwah tadi terbuka hati ucap syahadah dan memeluk Islam. InsyaAllah penjara akan bantu belajar Islam dan Solat.

Sebelum masuk penjara. Dapat mesej staff saya. Office kena pecah masuk. Lebih dari 50k. Beberapa kamera baru rakam ceramah dan laptop-laptop, hp semua serta ada duit cash. Tergamam sekejap. Terkejut sekejap.

Dalam penjara tak bawa phone. Tiba-tiba. Jumpa orang dalam penjara. Akhir sebelum balik ziarah sel banduan akhir. Semua kenal saya yang Islam. Mereka download ceramah saya. Wajah mereka semua bersih. Nampak sejuk wajah solat. Ada terkejut peluk saya menangis.

Seorang Nigeria, saya berbual dan dakwah tentang Islam. Dia tiba-tiba terbuka hati dan ucap syahadah. Paling mengejutkan dia ucap menggeletar dan menangis. Saya pun rasa nak menangis. Allahuakbar.

Cepat-cepat pengarah penjara disebelah saya pun sebak menangis dan arahkan buka sel. Kami berpelukan. Dia menangis peluk saya. Pengarah penjara kata terkejut gembira akhir hayat dapat kenal Allah orang Nigeria ini.

Allahukbar siapa tahu banduan akhir menanti ke tali gantung tiba-tiba diberi hidayah. Allahuakbar. Allahuakbar.

Terubat rasa walau sedih hilang office kena rompak.-ebitlew

Sumber : Ebit Lew

The post (Video) Banduan Akhir Peluk Islam Ketika Sedang Menanti Hukuman Ke Tali Gantung appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.