Ads Top

(Video) Gua Lipas Terbesar Di Dunia Ada Di Sabah, Sedang Menanti ‘Tetamu’ Datang Melawat

Sebut nama pun orang dah geli, inikan pula bila menjejaki sebuah gua yang sangat terkenal dengan kehadiran beribu-ribu haiwan kecil, lipas ini di dalamnya. Lipas merupakan antara serangga yang menjadi ‘musuh’ kepada manusia.

Tetapi jika ada rakan atau diri sendiri untuk mencabar diri mengatasi masalah takut pada serangga kecil ini, korang boleh berkunjung ke Gua Gomantong, Sandakan Sabah.

Satu video telah dikongsikan di Youtube The Other Side tentang pengalamannya menginap di Gua Gomantong yang memiliki pelbagai jenis serangga yang berbahaya termasuklah ribuan lipas.

“Kami namakan Gua Gomantong ini sebagai Ibu kota lipas terbesar dunia.”

Difahamkan melalui video ini, bukan lipas sahaja, kelawar, pepijat, tikus, kumbang dan ada beberapa serangga lain turut berada di dalam gua tersebut.

Kini, gua ini dijaga sepenuhnya oleh kerajaan daripada dicerobohi menerusi Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 oleh Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah. Gua dengan keluasan 3,2297 hektar ini terletak di daerah Kinabatangan.

 

Sumber: Youtube The Other Side

The post (Video) Gua Lipas Terbesar Di Dunia Ada Di Sabah, Sedang Menanti ‘Tetamu’ Datang Melawat appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.