Cara Nak Pilih Dashcam Kereta Sebelum Beli, Antara Guna Beteri Dengan Kapasitor Mana Lagi Baik
Penggunaan dashcam dalam kenderaan kini dilihat penting bagi seseorang pemandu sama ada untuk tujuan keselamatan ataupun bahan pembuktian sekiranya terlibat dalam kemalangan dan mempunyai cara tersendiri untuk dipilih.
Namun begitu, dengan lambakan pelbagai jenama dashcam dalam pasaran, sudah tentu tugas yang sukar buat pengguna untuk memilih jenama yang berkualiti, setanding dengan wang yang dilaburkan.
Seorang pengguna twitter yang Pembangun Laman Web, Faisal Rahim tampil berkongsi sedikit panduan buat pengguna yang sedang berkira-kira untuk memasang dashcam dalam kenderaan masing-masing. Ikuti tweet beliau di bawah.
Ini TIPS nak pilih Dashcam kereta. Aku dah cari info, baca forum dan tengok video Youtube selama 2 bulan sebelum beli haritu. Jadi jimat masa korang nak google nanti.
Basically, ada 4 faktor pemilihan Dashcam :
1. Battery vs Capacitor
2. Kualiti Video
3. Parking Mode
4. Extra pic.twitter.com/djvnVX3p26— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Asas pemilihan dashcam
Sebelum tu, basic Dashcam yang kena tahu:
• Dashcam kereta ada entry level, midrange dan high-end. Harga dari RM100-RM3,000.
• Top brand datang dari Korea, Europe. Majoriti dari China.
• Dashcam ni shoot video looping. Ia akan replace video yang awal jika memory card penuh.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Bateri vs kapasitor
1. Battery vs Capacitor
• Dashcam murah China banyak guna battery. Kurang sesuai kat cuaca negara kita (unit cepat panas). Bila overheat, dia turn-off dan tak record.
• Capacitor lebih reliable, heat-resistance dan lebih selamat.
• Penting pada aku, sebab isu keselamatan.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Kualiti video
2. Kualiti Video
• Macam kamera smartphone, setiap manufacturer ada preference sendiri bab colour, sharpness dsb.
• Matlamat utama bukan nak video paling cantik. Tapi yang boleh rekod detail (no plat) bila diperlukan.
• Dashcam 4K, kualitinya 4x ganda dari FHD. Lebih jelas.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Tapi kalau boleh cari Dashcam yg boleh rekod frame-rate tinggi (60fps).
Kenapa?
Dengan frame rate lebih tinggi, ‘data video’ lebih banyak setiap saat. Kita boleh pause video, zoom dan nampak nombor plat walaupun ketika bawa kereta 120km/j.
Majoriti Dashcam blur bila laju.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Parking mode
3. Parking Mode
Ia fungsi boleh rekod ketika kereta parking/berhenti. Banyak Dashcam ada parking mode dengan ciri berbeza.
Ada yang rekod timelapse, rekod motion bila ada benda bergerak atau rekod hentakan/langgar dsb.
Aku prefer kalau ada hentakan baru rekod.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Beza Dashcam mahal, mereka ada ‘Buffered Parking Mode’.
Maksudnya, ia akan rekod 5-10 saat sebelum hentakan berlaku. Bukan dah kena langgar baru start recording.
Tapi nak guna parking mode, kena Hardwire ke battery kereta. Pastikan boleh adjust voltage (elak battery kong).
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Extra
4. Extra
Aku ringkaskan features lain yang bezakan antara Dashcam:
• Ada dashcam ko kena tekan rekod setiap kali masuk kereta. Ada yang hidupkan enjin je dia terus record.
• Ada dashcam korang kena keluarkan memory card utk transfer video. Ada yang guna wifi je.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
• Ada dashcam yang built-in GPS. Ada yang kena beli device lain. GPS ni dapat tahu exact location kereta, laju kereta dalam video korang.
• Saiz video 4k 1 minit = 300MB. Kalau guna memory card 128GB, 4 jam je dia dah replace video yang mula-mula. Kena bear in mind benda tu.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
• Setiap dashcam berbeza Field Of View (FOV) ikut jenama. Ada yang 130’, 150’, 180’ dsb. Makin besar makin luas dan wide pandangan.
• Ada dashcam kita boleh check online guna smartphone. Kita kat ofis, boleh check dashcam kereta yang wife tengah bawa. Tapi kena ada internet.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
• Ada dashcam yang ada fungsi tambahan seperti Line Departure warning, ADAS yang alert bila nak langgar kereta depan dsb. Biasanya yang high-end.
• Bila kita eksiden, ada dashcam boleh lock footage video tu automatic (ada sensor). Jadi video baru takkan replace video tu.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
• Kebanyakkan Dashcam boleh set berapa durasi fail setiap video. 1 minit, 3 minit, 5 minit, 10 minit dsb.
• Maksudnya, bila kita set 3 minit, semua video dalam fail kita durasi 3 minit. Sampailah penuh memory card.
• Pilih memory card paling besar dan high end kalau mampu.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Cadangan Dashcam?
Ikut kemampuan.
Tapi.
Kalau boleh cari yang guna capacitor + 4K kualiti video + Boleh rekod depan belakang + ada Parking Mode + Customer Service di Malaysia.
Ada jenama yang bagus di luar negara, tapi takde distributor kat Malaysia. Jadi risiko kalau rosak.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Ini jenama yang aku survey November 2019.
• High-End : Thinkware, Blackvue & Vantrue (RM1k ke atas)
• Midrange : Viofo (RM500-RM1000)
• Entry level : Yi Dashcam, Xiomi 70Mai, DDPai (bawah RM500)Sebaiknya kumpul duit cari yang bagus. Jadi tak perlu tukar/upgrade selalu.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Setakat November 2019, kat Malaysia cuma ada 4 jenama yang dah ada Dashcam 4K.
• Viofo 129 Pro
• BlackVue DR900S
• Thinkware U1000
• Vantrue X4Banyak Dashcam China yg murah2 claim ada 4K. Tapi sebenarnya dia cuma upscale/resize kepada 4K.
Kena hati-hati.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 28, 2019
Buat pilihan bijak sebelum membeli okay.
Sumber: Faisal Rahim
The post Cara Nak Pilih Dashcam Kereta Sebelum Beli, Antara Guna Beteri Dengan Kapasitor Mana Lagi Baik appeared first on Siakap Keli.
No comments: