Siapa Yang Patut Menguruskan Mayat Transgender
Dewasa ini, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi sebuah topik hangat dalam kalangan netizen.
Banyak kisah mengenai golongan ini yang telah dibahas dan diceritakan seperti kisah murni perubahannya atau mungkin juga kisah yang boleh diambil sebagai iktibar untuk peringatan bersama.
Menurut beberapa perkongsian yang dikongsikan di laman-laman sosial mahupun di mana-mana ceramah agama, kisah golongan ini seringkali mendapat perhatian yang cukup hebat di kalangan kita.
Malah, baru-baru ini, kebanyakan warga net mempersoalkan mengenai siapakah yang sewajarnya menguruskan mayat golongan ini? Jika mereka sekadar menukar ‘panggilan’ daripada lelaki kepada pondan, itu bukan permasalahan yang besar kerana secara umumnya fizikal mereka masih lagi lelaki.
Namun, bagaimana pula dengan mereka yang mengubah suai ciptaan Allah, sama ada dengan menambah atau membuang alat kelamin mahupun alat sulit yang lain dan sebagainya?
Fizikal dan sifat mereka yang berubah membuatkan kebanyakan daripada kita tertanya-tanya mengenai status sebenar mereka. Sama ada perlu diuruskan seperti lelaki, perempuan mahupun mak nyah?
Menurut pendapat jumhur ulama’ termasuk mazhab Syafi’e berpendapat bahawa mayat tersebut perlu disempurnakan mengikut jantina asal mereka. Jika lelaki, maka sewajarnya diuruskan oleh ustaz atau golongan lelaki.
Malah, menurut pendapat golongan ilmuwan dan juga para ulama’ lain juga menyebut, adalah lebih baik ahli keluarga sendiri yang menguruskan mayat tersebut. Hal ini adalah untuk menjaga aib si mati dan juga keluarga sendiri.
Walaupun seseorang itu telah menukar jantina sehingga mengubah suai bentuk badannya, namun aib dan maruahnya masih menjadi tanggungjawab keluarga untuk menjaganya.
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Mafhum: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.” (Surah Al-Anfal 8:25)
Bagaimana Dengan Anggota Badan Yang Ditambah
Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali, segala anggota badan yang terletak di badan atau telah berpisah darinya seperti rambut atau kuku hendaklah turut dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Jika ia merupakan rambut atau kening palsu, maka adalah tidak mengapa untuk mencabutnya. Namun, jika yang boleh menyakiti mayat seperti buah dada palsu dan sebagainya, maka ia adalah tidak mengapa untuk dibiarkan begitu.
Wallahu a’alam.
Sumber:
Mufti Wilayah
Perkongsian oleh Ustaz Dr Khalid Basalamah
No comments: