Ads Top

(Video)”Aircond” Tengah ”On” Tiba-Tiba Terbakar, Api Marak Teruk Rumah Flat Nyaris Rentung

Woodland Street – Dua orang warga emas dan seorang kanak-kanak berusia lima tahun merupakan antara mangsa kebakaran yang disyaki berpunca dari pendingin hawa bilik di rumah mereka.

Kebakaran terjadi di unit flat empat bilik di Blok 842 Woodlands Street 82 apabila pendingin hawa berkenaan meletup dan terbakar.

Menurut cucu kepada pemilik rumah berkenaan, Yamilan, 24, ketika kejadian, pendingin hawa sedang dipasang dan tiada sesiapa di dalam bilik sementara pintu bilik dalam keadaan tertutup.

Semua penghuni rumah berkenaan dikatakan berada di ruang tamu ketika mereka terdengar bunyi bising dari bilik tersebut.

“Tiada sesiapa berada di dalam bilik ketika itu. Kami semua berada di ruang tamu ketika terdengar bunyi pelik dari bilik,” katanya.

Apabila mereka membuka pintu, api telahpun memenuhi bilik itu.

Tanpa melengahkan masa, mereka terus menutup pintu bilik dan mengosongkan rumah ke kawasan selamat sementara mendapatkan pertolongan.

Pasukan keselamatan mendapat maklumat kejadian pada 4.04 petang dan memadamkan kebakaran menggunakan jet air. Asap hitam dapat dilihat dengan jelas dari bilik tersebut.

Punca kebakaran

Menurut Yamilan, pendingin hawa tersebut daripada jenama terkenal dan telah digunakan selama enam tahun.

Keluarga tersebut mengesyaki kebakaran yang memusnahkan keseluruhan bilik tersebut mungkin berpunca daripada komponen dalaman pendingin hawa yang dipasang di dalam bilik setelah mendapati plug elektrik dan compressor berada dalam keadaan baik.

Kebakaran berpunca daripada pendingin hawa bukanlah sesuatu yang terlalu asing kerana ia pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, anda semua dinasihatkan untuk tidak membiarkan sebarang peralatan elektrik terpasang tanpa pemantauan dalam tempoh yang lama termasuk kipas angin.

Video di bawah memaparkan kebakaran daripada pendingin hawa dalam kejadian berbeza.

Sumber: Mothership.sg, AsiaOne




No comments:

Powered by Blogger.