(Video) Ribuan Jemaah Banjiri Solat Jumaat Masjid Besi Teruja Dengar Bacaan Ayat Suci Qari Tersohor, Sheikh Misyari
Sebentar tadi, jemaah yang hadir untuk solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya sungguh bertuah kerana solat Jumaat hari ini diimamkan oleh Syeikh Mishary Alafasy. Beliau merupakan antara imam dan khatib yang mengetuai bacaan 10 malam terakhir di Masjid Al-Kabir (Masjid Agung) Kuwait.
Tengah hari tadi, peluang untuk mendengar alunan merdu bacaan surah oleh beliau tidak dilepaskan rata-rata jemaah.
Saya tak pasti, sama ada kalian tahu ataupun tidak. Orang2 KL, adakah kalian mengetahui bahawasanya hari ini, khamis, 26/9/19, jam 6 ptg. Di dewan Tun Razak 2, PWTC, KL. Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy akn hadir utk Tour beliau. Kita akn dpt solat bersama dgn beliau. Jomlah hadir. pic.twitter.com/uHEQ1BFxCn
— Da’i Wan (Official) (@wandazrin) September 26, 2019
Apa tidaknya, Syeikh Mishary Alafasy terkenal sebagai seorang imam, qari dan hafiz al-Quran dengan suara paling lunak dan digemari seluruh dunia. Rakaman video tilawah beliau sering mendapat perhatian global.
Alunan bacaannya yang sangat merdu menambat hati ramai orang sehingga menjadikan beliau seorang tokoh yang sangat disegani.
Rakyat Malaysia khususnya memuji bacaan ayat suci yang diperdengarkan melalui televisyen dan video-video yang dikongsi melalui laman media sosial hari ini.
Sempat dengar Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy recites all time fav surah masa solat jumaat live kt tv1. Beautiful voice, beautiful surah pic.twitter.com/qpK6mElUiT
— ANIS (@toto_anis) September 27, 2019
Ini part of doa yang dibaca oleh Syeikh Mishary. Ill put it here to bless my friends with his beautiful doa. pic.twitter.com/wCmN8zRJY7
— Hazim Shauki (@hazimshauki) September 27, 2019
Antara penceramah yang turut tak melepaskan peluang bertemu dengan beliau ialah Da’i Wan dan Dr. Zakir Naik.
Hadiah untuk semua. Saya sempat minta Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy doakan agar negara kita Malaysia dijauhkan bala, diturunkan rahmat agar kita dpt bersatu utk menjaga Islam, & sekaligus memohon agar diberkati oleh Allah swt dlm urusan kehidupan hari-harian kita. https://t.co/kTnKdVG0t5 pic.twitter.com/3FYdkkG5hv
— Da’i Wan (Official) (@wandazrin) September 26, 2019
Ya Allah! Best moment in 2019 so far. Aku pergi sampai Putrajaya nak jumpa Syeikh Mishary, Allah bagi sekali Dr Zakir Naik. pic.twitter.com/uB8vKi4gsK
— Hazim Shauki (@hazimshauki) September 27, 2019
Sumber: Twitter
No comments: