Ads Top

(Video) Makcik ‘Cleaner’ Teringin Nak Pakai Jam Kalis Air, Warga Twitter Prihatin Kumpul Duit Hadiahkan Tukang Sapu Jam Baru

Dua hari lalu tular satu ciapan yang dimuatnaik oleh Mahathir, salah seorang pelajar universiti yang berkongsi kisah mengenai makcik tukang cuci di sana.

Menurut Mahathir, dia begitu terkesan dengan sikap baik makcik itu kepada para pelajar. Namun yang membuatkan Mahathir sebak adalah apabila mengetahui hajat makcik tersebut untuk memiliki seutas jam masih belum ‘termakbul’.

Oleh itu, dia membuat collections di laman twitter dengan mengajak orang ramai untuk memberi sedikit sumbangan untuk merealisasikan impian ibu tunggal berkenaan.

Tak sangka, harapan itu tertunai hanya dalam masa sehari!

Selalu kena tinggal van masa balik kerja sebab tak dapat tengok jam pukul berapa. Dia cakap dekat aku dia teringin sangat nak ada jam water resistance sebab selalu cuci toilet.

Dia pun selalu usha aku punya jam sebab ramai jugak students cadangkan kat dia tapi dia tak mampu.

Kalau nak tahu, dia ni ibu tunggal and aku memang bercadang nak hadiahkan jam baru dekat dia tapi kekurangan bajet sebab sekarang tengah final year kan.

Jadi , apa yang aku buat? Aku buat collection kat twitter untuk beli jam baru buat makcik cleaner yang baik hati?

Nanti lepas dapat collection tu, aku sendiri akan pergi belikan untuk dia. Kira macam sedekah atas nama sumbangan twitter la. Kalau takda yang sudi sumbang, aku sendiri akan kumpul duit untuk belikan dia jam baru hahaha.

Jarang aku nak buat collection dengan orang lain tapi makcik ni dah macam mak mak jaga student so aku dah anggap dia macam mak dekat universiti ni.

Sedikit ucapan buat makcik cleaner yang baik hati. Aku khususkan pemberian daripada rakan rakan twitter. Dia terharu and dia kirim salam dekat semua and dia cakap terima kasih sebab first time dia dapat jam yang elok. Sorry sebab writing dalam bahasa sarawak.

 

Okay, jam makcik dah settle, duit lebih sebanyak RM519 tu aku akan beli barang dapur untuk makcik and cleaner lain, ada jugak cleaner lain yang ibu tunggal and balu. Kita cuba tolong mana yang boleh okay! 

Ciaapan terbabit tentunya turut menyentuh hati netizen yang pantas memenuhi ruangan komen.

Mungkin duit lebih tu boleh sedekah je kat dia

Mungkin duit lebihan tu dia boleh guna untuk anak-anak dia jugak

Nak jugak tengok muka makcik yang baik hati tu

Tahniah dapat kumpul dalam sehari

Good job, tak susah pun nak buat kebaikan

Semoga lebih ramai lagi rakyat Malaysia seperti awak

Semoga Allah permudahkan rezeki sebab tolong makcik tu

Sumber: Mahathir




No comments:

Powered by Blogger.