Ads Top

Polis Siasat Video Sekumpulan Pelajar Bergaduh

SEREMBAN, 27 Sept (Bernama) — Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video yang tular di laman sosial Facebook hari ini, menunjukkan aksi sekumpulan pelajar lelaki yang memakai pakaian seragam sekolah dan baju sukan, sedang bergaduh.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata laporan polis telah diterima semalam dan susulan itu siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Laporan polis dibuat semalam, siasatan lanjut dijalankan.. bagaimanapun setakat ini belum ada pelajar ditahan atau dipanggil untuk soal siasat yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan ini,” katanya kepada pemberita dalam kenyataan di sini, hari ini.

Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan aksi pergaduhan sekumpulan pelajar dengan ada diantara mereka yang menumbuk dan menendang pelajar lain dan dikatakan lokasi kejadian di Sekolah Menengah Seremban 2.

Sumber: BERNAMA




No comments:

Powered by Blogger.