Ads Top

Fieya & Kucaimars Tersingkir Big Stage, 5 Finalis Mara Ke Konsert Akhir

Impian Fieya Julia dan Kucaimars untuk melangkah ke pentas akhir Big Stage musim kedua terkubur apabila nama mereka diumumkan dua peserta tersingkir pada peringkat semi akhir yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.

Fieya dan Kucaimars berada di kedudukan bahaya tiga terbawah bersama Irfan Harris.

Dengan penyingkiran Fieya dan Kucaimars, melayakkan lima lagi peserta iaitu Han Byul, Neeta, Dinda Permata dan Irfan Harris mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung minggu hadapan.

Menerusi konsert ketujuh itu, Fieya menyampaikan lagu solo, Chandlier nyanyian asal Sia dan lagu duet bersama Liza Hanim berjudul Cinta. Manakala Kucaimars mendendangkan lagu Keabadian Cinta dan lagu duet Revolusi bersama vokalis Bunkface, Sam.

Konsert minggu ketujuh itu diadili dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika serta juri jemputan, Tam Spider.

Big Stage yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al-Hadad disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam. – KopiPlanet.com

The post Fieya & Kucaimars Tersingkir Big Stage, 5 Finalis Mara Ke Konsert Akhir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.