Ads Top

Festival Sastera Kanak-Kanak 2019 – Usaha Menerapkan Sastera Dalam Pembelajaran

Perpustakaan Negara Malaysia sekali lagi bakal menganjurkan Festival Sastera Kanak-Kanak 2019 dengan temanya ‘Jelajahi Dunia Dengan Membaca.’

Ia bakal diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2019 dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Bengkel Genius Sifir, Sesi Bercerita, Bengkel Buku Kanak-Kanak dan banyak lagi.

Ia merupakan anjuran bersama Malaysia Book Industry Council (MBIC), Industry of Tourism and Council Malaysia, Perbadanan Kota Buku dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia.

Program ini dianjurkan bagi menunjukkan sokongan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia UNESCO 2020 sekali gus menjadikan sastera kanak-kanak dan awal remaja sebagai sebuah komponen penting untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

Ia juga untuk melatih dan membantu mengembangkan pengkaryaan terhadap sastera kanak-kanak dengan pendedahan yang khusus terhadap ilmu ini.

Festival Sastera Kanak-Kanak ini telah diadakan bermula 2012, 2014 dan berlangsung sehingga kini dengan menggunakan tema yang berbeza setiap tahun.

Ia juga telah menggabungkan pelbagai elemen seperti Interaktif, Kebudayaan, Bengkel dan juga jualan yang dilihat mampu memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak sendiri selain memberi ruang kepada ibu bapa untuk meluangkan masa bersama.

Mereka telah mensasarkan lebih kurang 50 000 orang setiap kali festival dengan sasaran pengunjung seperti kanak-kanak, guru, ibu bapa dan orang kurang upaya.

Untuk anda yang berminat melihat sendiri majlis perasmian festival ini, boleh terus ke Perpustakaan Negara Malaysia pada 4 Oktober depan, bermula pukul 8.30 pagi dengan diiringi beberapa aktiviti menarik selepasnya.

Manakala, untuk melakukan pendaftaran bagi sesi Pertandingan Bercerita untuk kanak-kanak yang berumur 7-9 tahun, 10-12 tahun atau Bengkel Melukis Komik, boleh dilakukan secara terus di laman Festival Sastera Kanak-Kanak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Festival Sastera Kanak-Kanak 2019 atau Perpustakaan Negara Malaysia .




No comments:

Powered by Blogger.