(Video)”Reunion” Selepas 5 Tahun, Reaksi Mengejutkan Gorilla Ganas Ini Ketika Bertemu Penjaganya Amat Menyentuh Hati
Gorilla merupakan spesies mawas yang paling besar dengan saiz ketinggian gorilla jantan boleh mencecah 5 kaki setengah dan berat lebih kurang 180 kilogram manakala gorilla betina boleh mencapai ketinggian 4 kaki setengah dengan berat sekitar 90kg.
Haiwan ini hidup dalam kumpulan diketuai seekor gorilla jantan dewasa (Silverback) yang melindungi gorilla betina dan anak-anak daripada ancaman.
Gorilla yang dipelihara samada di pusat pemulihan hidupan liar ataupun zoo dapat dilatih untuk berkomunikasi dalam bahasa isyarat dengan manusia.
Spesies ini juga dikatakan sangat pintar dan mampu menggunakan peralatan ketika bermandiri di dalam hutan.
Walaubagaimanapun, haiwan ini diancam kepupusan dan menjadi salah satu haiwan yang dilindungi.
Seorang usahawan dan aktivis pemuliharaan gorilla di Gabon, Damian Aspinall, 59 sebelum ini telah membela seekor anak gorilla bernama Kwibi.
Pada usia 5 tahun, Damian terpaksa melepaskan gorilla peliharaannya ke hutan agar ia dapat belajar hidup di habitat asalnya.
5 tahun kemudian, ketika haiwan tersebut berusia 10 tahun, Damian kembali ke hutan tersebut untuk bertemu Kwibi. Dia berkampung selama berhari-hari demi bertemu haiwan kesayangannya itu.
Damian melaung dengan harapan Kwibi terdengar dan mengenali suaranya itu. Tiba-tiba, seekor gorilla dewasa memunculkan di sebalik semak samun di hutan.
Kwibi akhirnya menampakkan dirinya dari jauh, membuatkan Damian teruja mendekatinya. Namun, atas faktor keselamatan, kru yang datang bersamanya menghalang Damian mendekati gorilla yang hidup meliar itu.
Percaya dengan ‘rakan lama’nya, Damian mendekati tebing dan bertemu empat mata dengan gorilla tersebut. Reaksi haiwan berkenaan amat menyentuh hati apabila mereka dilihat berkomunikasi dalam bahasa isyarat sebelum gorilla itu bertindak memeluk Damian. Syahdu!
Bukan itu sahaja, Kwibi kemudiannya memperkenalkan Damian dengan anak dan isterinya. Lima tahun berpisah, ternyata Kwibi masih ingat dan tidak mahu berpisah dengan ‘bapa angkat’nya itu. Dia memeluk erat Damian seolah-olah tidak mengizinkan lelaki itu pergi.
Namun hari menjelang malam, Damian bersama krunya terpaksa beredar ke kem mereka melalui jalan sungai. Kwibi terus meredah belukar di persisiran sungai untuk mengikut bot yang dinaiki Damian hinggalah ke kawasan perkhemahan kumpulan itu.
Pagi keesokan harinya, ketika Damian ingin membersihkan diri di sungai tersebut, dia terlihat kelibat Kwibi yang setia menunggunya dari petang semalam. Kwibi seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih buat teman manusianya itu.
Sungguh, kasih sayang tidak mengenal sempadan!
Sumber: Aqua Vita Films, Duckster.com, Sarcasm
No comments: