Ads Top

(Video)Bagaimana Nak Elak Bergaduh Soal Harta? Peguam Hartanah Ini Kongsi Caranya

Hubungan kekeluargaan tidak ada galang-gantinya. Namun, ada kalanya hubungan tersebut tercabar oleh kerana beberapa sebab. Antara yang sering kita dengar ialah soal harta.

Soal wang ringgit dan harta ini bukannya soal kecil. Bukan sahaja adik-beradik, malah anak-beranak juga boleh berpecah-belah dan bermasam muka disebabkannya.

Pertelingkahan mengenai harta peninggalan adalah antara perkara yang kerap kita dengar. Malah, ia turut menjadi pilihan para pengarah untuk dijadikan jalan cerita dalam filem atau drama yang diarahkan.

Jadi, bagaimana caranya untuk mengelakkan kejadian ini daripada berlaku? Peguam hartanah, En. Salkukhairi Abd Sukor telah memberi sedikit tips untuk mengelakkan ia daripada berlaku dalam satu ceramahnya baru-baru ini.

Menurut beliau, masalah ini berpunca daripada tiadanya sebarang dokumen berkaitan pembahagian harta peninggalan oleh pemilik. Ia akan menyebabkan mereka yang berasa layak menerima harta membuat tafsiran menerusi pemahaman masing-masing.

Perbezaan pemahaman dan pendapat ini akan menyebabkan pertelingkahan sesama mereka, biasanya anak-anak atau ahli keluarga yang lain.

Di sinilah pentingnya dokumen atau ‘hitam putih’ bagi pembahagian harta bagi membolehkan sebarang penyerahan harta dilaksanakan dengan mudah tanpa sebarang perbalahan.

Sumber: YouTube Salkukhairi Abd Sukor




No comments:

Powered by Blogger.