KWC Perkenalkan TikTok Mini Drama ‘CEO Bertukar Menjadi Puteri’
KWC Fashion Wholesale terus mencipta kelainan dengan melancarkan drama mini pertama di TikTok bertajuk “CEO Bertukar Menjadi Puteri”. Drama ini menampilkan gabungan humor, fantasi, dan elemen fesyen untuk menyampaikan kisah menarik yang pastinya memikat hati penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.
Sebagai pembukaan rasmi, KWC menganjurkan “Majlis Pra-Pelancaran KWC TikTok Mini Drama: CEO Bertukar Menjadi Puteri” pada Sabtu 30 November 2024 bermula 12 tengahari bertempat di Centre Court, Lower Ground Floor, KWC Fashion Wholesale. Majlis ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuk pratonton eksklusif episod pertama hingga episod ketiga drama serta sesi ramah mesra dengan pelakon utama.
Dengan perkembangan pesat platform TikTok sebagai medium kreatif dan hiburan, KWC memilih pendekatan ini untuk mendekati generasi muda dan menyuntik elemen hiburan dalam jenama KWC Fashion Wholesale. Drama ini tidak hanya menghiburkan tetapi juga menyerlahkan identiti KWC sebagai destinasi fesyen borong yang serba lengkap dan relevan dengan trend semasa.
“CEO Bertukar Menjadi Puteri” mengisahkan Haris, seorang CEO yang berjaya, dan Erina, pereka fesyen muda yang terkenal. Dalam satu insiden luar biasa, mereka bertukar badan dan terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru yang penuh cabaran. Drama ini menyampaikan mesej tentang memahami erti cinta dari perspektif yang berbeza, sambil membawa elemen humor, percintaan, dan liku-liku emosi yang pasti menghiburkan penonton. Episod-episod drama ini disiarkan di akaun TikTok rasmi KWC, @kwcfashionwholesale dengan 20 episod dan disiarkan sehingga 22 Disember 2024.
Peraduan “Stitch” & Lakonkan Semula Drama “CEO Bertukar Menjadi Puteri”
Sempena pelancaran drama ini, KWC turut menganjurkan peraduan TikTok untuk mencetuskan kreativiti pengunjung. Peserta perlu memilih mana-mana episod drama mini “CEO Bertukar Menjadi Puteri” yang dimuat naik di akaun TikTok rasmi KWC, @kwcfashionwholesale dan lakonkan semula adegan tersebut atau jadikan ianya lebih kreatif dengan menggunakan fungsi ‘stitch’ pada video drama tersebut dengan durasi minimum 20 saat. Peraduan ini membuka peluang kepada orang ramai untuk menonjolkan lagi bakat lakonan dan kretiviti serta berpeluang memenangi hadiah menarik dimana 5 pemenang bertuah akan memenangi baucar tunai RM50 pada setiap minggu untuk pembelian di KWC Fashion Wholesale dan hadiah baucar tunai bernilai RM500 untuk ‘Grand Winner’ dengan jumlah tontonan tertinggi sepanjang tempoh peraduan. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 30 Disember 2024.

Raikan Sambutan Krismas di KWC Bertemakan “Chirstmas in Paris”
KWC menjadikan bulan Disember sarat dengan aktiviti menarik di dunia maya dan juga berlangsung di KWC Fashion Wholesale. Selain menonton siri drama mini tiktok kami “CEO Bertukar Menjadi Puteri” di Tiktok @kwcfashionwholesale, KWC juga turut menghidupkan lagi suasana perayaan Krismas dengan tema istimewa “Christmas in Paris” di KWC Fashion Wholesale. Pengunjung boleh menikmati dekorasi bagaikan di kota Paris yang elegan, serta menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk kempen yang di nanti-nantikan pengunjung KWC iaitu ‘Belanja & Tebus’.
Pengunjung berpeluang menebus beg jut krismas eksklusif KWC dengan pembelian RM1,000 ke atas (gabungan 2 resit). KWC juga menyediakan kalendar eksklusif KWC 2025 dengan pembelian RM600 ke atas (gabungan 3 resit). Pelbagai aktiviti menarik juga diadakan sepanjang perayaan krismas antaranya ialah pertandingan kostum bertemakan “Little Bridgerton Fantasy in Paris”, persembahan tarian, sesi mesra bersama Santa, dan bengkel kanak-kanak setiap hujung minggu. Acara ini berlangsung dari 30 November hingga 25 Disember 2024, menjanjikan pengalaman membeli-belah yang unik dan menyeronokkan.
Mengenai KWC Fashion Wholesale
KWC Fashion Wholesale adalah pusat membeli-belah fesyen borong pertama di Malaysia yang menawarkan koleksi terbesar dan komprehensif – fesyen, aksesori, kasut, hadiah dan barangan keperluan yang lain di bawah satu bumbung. KWC Fashion Wholesale dibuka pada 20 Oktober 2011 dan dilancar secara rasmi pada 26 Mei 2012.
Terdapat lebih 800 lot dan 500,000 kaki persegi ruang niaga boleh didapati KWC Fashion Wholesale dan menawarkan pelbagai barangan yang menarik. Walaupun hanya menawarkan perniagaan borong sahaja, KWC Fashion Wholesale juga berfungsi sebagai pusat beli-belah yang lengkap dengan kemudahan seperti perbankan, restoran, dewan acara, perbankan dan perkhidmatan perniagaan yang lain. – KopiPlanet.com
The post KWC Perkenalkan TikTok Mini Drama ‘CEO Bertukar Menjadi Puteri’ appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: