“Nak Tekan Break, Tertekan Minyak”, Tular Rakaman Kereta Rempuh Dua Wanita, Ramai Anggap Pemandu Tak Sengaja
Malang menimpa dua orang wanita Melayu apabila mereka dilihat telah dilanggar oleh sebuah kereta berwarna putih di kawasan parkir TF Behrang 2020 Tanjung Malim Perak.
Kejadian tersebut dapat dilihat menerusi rakaman litar tertutup CCTV yang memaparkan dua orang wanita berjalan beriringan sebelum dilanggar oleh kereta berkenaan dengan secara tiba-tiba.
Akibat daripada kejadian itu, seorang mangsa mengalami kecederaan patah peha kiri dan pinggul kerana diseret sejauh 50 kaki manakala seorang lagi cuma mengalami kecederaan ringan.
Orang ramai yang melihat kejadian tersebut diminta untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu di Balai Polis yang berhampiran.
Menerusi rakaman tersebut, rata-rata netizen telah membuat pelbagai spekulasi mengenai motif kejadian berkenaan. Namun, menerusi komen yang diturunkan oleh beberapa orang netizen, kejadian tersebut dikatakan tidak disengajakan berikutan pemandu yang terlibat berada di dalam keadaan yang cemas.
“Baru dapat lesen kot”
“Nak tekan break..tertekan minyak”
“Dia tertekan minyak kereta sebab terkejut kawan-kawan dia menjerit dalam kereta”
Sumber: Mohd Aidiel
No comments: