Berwaspadalah Sebelum Terjerat Dengan Virus Pornografi
“Tengoklah pornografi dan terjebaklah dengan pornografi seteruk mana pun selagi tak ‘rape children’ maka tidak mengapa pun.”
Begitu ya dik? Dik, sudah ramai sangat kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menjadi mangsa datuk-datuk, ayah-ayah, pakcik-pakcik, abang-abang, dan adik-adik yang ketagih pornografi.
Ramai sangat dik. Kanak-kanak 12 tahun pun merogol kanak-kanak 4 tahun sebab menonton pornografi.
Kanak-kanak ini tidak dihalang sebelum dia ‘rape children’, dik. Adik tidak mengikuti perkembangan semasa duniakah? Ataupun seorang kanak-kanak itu tiada nilai di mata adik?
Hendak tunggu ‘rape’ dulukah, dik? Selagi tidak ‘rape children’ tidak mengapa?
Adakah sesiapa yang sanggup jadikan anak dia mangsa ‘rape children’ itu dik? Tidak ada dik. Percayalah cakap Akak.
Yang ada hanyalah ibu bapa, datuk nenek, pakcik makcik, abang kakak yang waras yang mengharapkan agar apa sahaja langkah dan tindakan dapat diambil sebelum ‘rape children’ berlaku
Terutamanya jika yang menjadi perhatian itu benar-benar telah berkata;
“What I did was not wrong?”
Itu yang merisaukan, dik. Akak tahu adik sayangkan rakan adik. Akak faham.
Kami beramai-ramai sangat sayangkan kanak-kanak di Malaysia ini dik, sebab itulah kami ramai-ramai risau. Kami bukannya tidak bagi rakan adik belajar.
Adakah pedofilia tegar boleh berubah dengan sekelip mata tanpa melalui proses korektif dan rehabilitasi yang sepatutnya?
Adakah dengan mudah kita boleh bersangka baik dengan pedofilia yang telah terbukti bersalah dan mengaku bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak?
Berhati-hatilah, sebelum berlaku yang tidak kita sukai, maka bendunglah sejak daripada awal. Ambillah sikap berwaspada daripada sikap membiarkan. Mungkin anak akan terasa sedikit terkongkong namun suatu hari mereka akan sedar kenapa ibu dan bapanya menjaganya dengan penuh teliti.
Percayalah bahawa menonton pornografi akan hadir rasa ketagihan, dari satu menjadi sepuluh, daripada sepuluh menjadi beratus, waktu itu sudah hilang rasa takut akan dosa.
No comments: