Ads Top

“Saya Keguguran Bukan Sebab Stress Atau Tak Jaga Makan” – Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda Suhaimi, 35, baru-baru ini ada berkongsikan khabar sedih mengenai dia keguguran seperti yang dipaparkannya menerusi laman sosial Instagram. Menerusi video itu, Nabila menunjukkan keterujaan anak tunggalnya, Keisha Laila yang teruja untuk menimang adik sebelum menerangkan di ruangan kapsyen bahawa dia telah mengalami keguguran.

Menurut Nabila dia menerima takdir yang telah ditentukan kepadanya dan melihat perkara itu ada hikmahnya yang tersendiri.

“Saya okay sahaja sebab saya hanya keguguran, takkan saya nak murung sentiasa. Kita boleh berusaha lagi, lainlah kalau saya dah menopaus itu lain ceritalah kan.

“Saya dah ‘let it go’ pasal perkara ini. Memanglah kalau boleh saya nak timang baby lagi tapi tiada rezeki. Masa dapat tahu saya mengandung, memang gembira sangat tapi Allah lebih tahu tentang perancangan-Nya,” luah Nabila.

Dia berkata kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media kempen Ramadan Raya Media Prima 2019 yang berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya semalam.

Pelakon drama Kamar Kamariah itu turut mendedahkan dia keguguran bukanlah disebabkan masalah tekanan ataupun tidak menjaga makan seperti mana yang didakwa sesetengah netizen.

“Pada saya, keguguran itu bukan salah wanita tersebut sebab stress ke apa. Kalau nak lekat, dalam keadaan stress pun kita boleh lekat kalau dah rezeki.

“Kalau nak diikutkan ketika saya mengandungkan Keisha dulu, keadaan saya pada ketika itu lagi stress. Lagi saya stress lagi dia lekat, macam itulah saya maksudkan stress bukan penyebab seseorang itu mengalami keguguran.

“Sebaliknya, saya kini hanya berfikiran positif dan saya pastinya boleh berbulan madu lagi dengan suami saya,” ujarnya berseloroh.

Nabila berkahwin dengan Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015. Sebelum itu, Nabila terlebih dahulu mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada 2008 sebelum bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan terdahulu, Nabila dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun. – KopiPlanet.com

The post “Saya Keguguran Bukan Sebab Stress Atau Tak Jaga Makan” – Nabila Huda appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.