Ads Top

Elyana Bakal Jayakan Konsert Untuk Kutip Dana Pesakit Kanser

Buat julung-julung kalinya penyanyi Elyana bakal menjayakan sebuah konsert iaitu ‘Jadi Diriku 19’ Live In Concert pada 6 Julai nanti bertempat di Bentley Music Auditorium, Damansara.

Istimewanya, konsert yang dianjurkan itu adalah usaha Elyana untuk mengutip dana yang akan disumbangkan kepada pesakit kanser yang memerlukan bantuan.

“Saya berharap agar konsert ini menjadi sebuah semangat, bukan sahaja untuk diri saya, tetapi rakan senasib saya yang sedang menderita kerana menghidap penyakit ini.

“Sebagai pesakit kanser, ia bukan bermakna untuk kita meratapi nasib. Sebaliknya, menjadi manusia yang lebih menghargai kehidupan, kesihatan dan juga segala sesuatu yang terjadi adalah atas izin Allah yang sayangkan kita,” ujarnya.

Menurut Elyana, konsert berkenaan turut berkolaborasi dengan beberapa syarikat tempatan, di mana sebahagian sumbangan syarikat-syarikat berikut akan disalurkan kepada pesakit kanser melalui Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Ujarnya, dengan sumbangan yang kecil itu mampu membawa erti yang besar kepada rakan-rakan yang senasib dengannya.

“Ini juga adalah sebuah penghargaan saya buat peminat yang tidak jemu menyokong karier seni saya dari tahun 2002 sehinggalah sekarang,” ujarnya.

Tiket-tiket berharga RM139 (early bird untuk 100 terawal), RM159 dan RM199 (meet and greet) boleh dibeli menerusi laman web www.shopee.com.my atau aplikasi Shopee. – KopiPlanet.com

The post Elyana Bakal Jayakan Konsert Untuk Kutip Dana Pesakit Kanser appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.