Ads Top

Jarang ‘Upload’ Gambar Teman Lelaki, Intan Najuwa Akui Sudah Berpisah

Teka-teki mengenai hubungan cinta pelakon Intan Najuwa akhirnya terjawab apabila aktres kecil molek itu mengakui sudah putus cinta dengan bekas kekasihnya sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, Intan dilihat terbuka berkongsikan gambar teman lelakinya sehinggakan peminat membuat telahan apabila dia kini jarang-jarang memuat naik gambar lelaki itu di Instagramnya.

“Saya akui sudah berpisah dengan bekas teman lelaki. Saya anggap tiada jodoh di antara kami dan kami putus bukan disebabkan wujudnya orang ketiga sebaliknya kerana kami sudah tidak sehaluan.

“Buat masa ini saya tidak tutup pintu hati saya, kalau ada yang mendekati, saya okay sahaja. Mungkin ini masa terbaik saya fokus dalam bidang lakonan,” kata Intan ketika ditemui pada majlis sidang media kempen Ramadan Raya Media Prima 2019 yang diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya semalam.

Belajar daripada episod kegagalan lalu, pelakon Kekasih Paksa Rela ini menyatakan dia enggan terlalu mendedahkan mengenai hubungan cintanya selepas ini.

“Saya rasa selepas ini saya lebih selesa untuk merahsiakan hubungan saya. Tidak seperti sebelum ini, saya banyak kongsi dengan peminat. Tetapi apa yang terjadi sebelum ini sebenarnya mematangkan saya.

“Sejak kembali single, saya tidak meletakkan apa-apa kriteria kepada mereka yang nak dekati saya, semuanya saya serahkan pada jodoh,” ujarnya lagi.

Nama Intan menjadi bualan sejak drama lakonannya bersama Remy Ishak iaitu Kekasih Paksa Rela menjadi fenomena ketika ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.