Ads Top

AG Under Diri Daripada Hujan? Noh Salleh Enggan Ulas Lanjut

Baru-baru ini vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ada memuat naik satu entri di laman Instagram seolah memberikan gambaran pemain gitar kumpulan itu, AG Coco bakal meninggalkan band tersebut.

Berkesempatan bertemu dengan Noh pada majlis sidang media Minggu Muzik Malaysia yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur semalam, KopiPlanet cuba mendapatkan penjelasan daripada suami kepada Mizz Nina ini.

Walau bagaimanapun, Noh enggan memberikan sebarang komen bagi mengulas mengenai perkara tersebut.

“No comment, saya tak boleh nak bercakap hal ini, ia kena keluar daripada mulut AG sendiri,” kata Noh.

Menerusi entri itu, Noh menulis kapsyen berbunyi, “Ni last aku post photo satu frame dengan AG. Selamat menjalani kehidupan baru bersama isteri tercinta brother. Hujan adalah satu journey yang sangat bermakna bagi aku.”

Selain Noh dan AG, band Hujan yang ditubuhkan pada 2005 turut disertai Azham Ahmad dan Izzat Uzaini.

Sementara itu dalam perkembangan seni, Noh memaklumkan Hujan kini dalam sesi merakamkan lagu untuk album baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.