Lelaki Ini Dengan Selamba Buang Sampah Di Depan Tukang Sapu Tetapi Apa Yang Berlaku Selepas Itu Baru Dia Tahu Langit Tinggi Atau Rendah
MASALAH sahsiah atau akhlak sebilangan orang zaman kini dilihat semakin kronik. Mereka seolah-olah gagal pamirkan rasa ‘humanity’ dimana banyak kes sikap tidak peduli dan pentingkan diri sendiri.
Di kalangan masyarakat, golongan bermasalah ini turut menyukarkan kehidupan orang ramai dengan pelbagai bentuk aduan dan laporan buruk yang disampaikan oleh masyarakat sekeliling.
Di sekolah, remaja pula dibelenggu dengan isu ponteng dan melawan cikgu manakala di luar pula bermacam-macam masalah yang mereka mulakan seperti vandalisme, bergaduh dengan rakan sebaya atau menjadi kutu lepak.
Keadaan tersebut seiring dengan peningkatan perlakuan-perlakuan jenayah yang dilakukan sama ada berat atau ringan sehingga kerap menjadi paparan laporan media konvensional atau sosial.
Semua ini melahirkan generasi yang agak kurang ajar serta gagal berfkir secara rasional. Contohnya klip yang disampaikan didalam artikel ini.
Lelaki di dalam kereta buang sampah keluar dari keretanya walaupun ada orang sedang menyapu sampah. Sedikit pun tidak terlintas di fikirannya dimana dia terang-terang melakukan kesalahan. Tak fikir ke penyapu sampah sedang buat kerja tapi kau rilek-rilek je buang sampah depan dia.
Tetapi datanglah seorang lelaki ini,dengan selamba buang balik sampai yang disapu tu, buang balik dalam keretanya. Itulah habuannya, baru tahu langit tinggi ke rendah.
Wira penyelamat situasi ini sepatutnya mendapat pujian melambung daripada orang ramai dan penularan klip ini dikatakan telah mencecah sehingga beratus ribu perkongsian. Ramai mendakwa bahawa mereka pernah berhadapan dengan situasi sama namun tidak tahu tindakan selanjutnya yang patut diambil.
Baiklah, rakaman klip video ini mungkin hanya lakonan, tetapi perbuatan ini memang berlaku secara realitinya hampir setiap hari tanpa kita sedar. Jadi moralnya, janganlah kita bersikap kurang ajar kerana setiap perbuatan yang tidak baik pasti ada balasannya.Cepat atau lambat jee.
Saksikan klip video ini dan harap-harap jadi pengajaran untuk kita semua
Sebenarnya dalam banyak hal, mengatasi masalah akhlak dalam kalangan masyarakat pada masa kini paling berkesan dilakukan oleh golongan itu sendiri selain ibu bapa dan guru.
Semoga perkongsian ini akan membuatkan kita semua di luar sana lebih peka dengan keadaan sekeliling dan jadilah insan yang mulia.
No comments: