Ads Top

Insiden Berdarah Di New Zealand

Hancur berkecai hati. Luruh air mata. Ketar tangan ini. Laju jantung ni. Betul-betul tidak dapat menahan.

Ya Allah, New Zealand, jagalah mereka semua di sana. Hanya nama Allah yang terucap. Puluhan orang Islam mati ditembak.

Kejadian itu seolah-olah seperti sebuah permainan ‘game’, dirakam untuk seronok-seronok. Orang Islam dibunuh begitu sahaja.

Nyawa orang Islam menjadi sangat murah. Berita tersebar terdapat seorang warga Malaysia cedera parah. Rasa nak berlari menjerit. Saya terus ambil wuduk solat dan doa.

“Ya Allah maafkanlah diriku. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun.”

Syahidlah kamu semua. Syurgalah untuk kamu. Semoga Allah memberikan ketabahan buat semua ahli keluarga. Ditembak dan dibunuh begitu sahaja.

Dulu zaman Nabi S.A.W jika seseorang dibunuh semua sahabat R.H.U.M menangis. Nabi S.A.W menangis. Saat Islam semakin kuat Nabi S.A.W segera melaksanakan keadilan.

Tidak tahu mahu meluahkan apa lagi. Air mata laju bercucuran. Begitulah orang Islam jika dibunuh semua orang cuma menangis dan bersabar.

Kita dibunuh, diserang, diletupkan,kita sabar dan doa tetapi kita dituduh pengganas. Jika orang lain pembunuh dikatakan sakit mental. Namun seandainya orang Islam yang melakukan maka akan dituduh pengganas. Islam dihina sekali.

Jika sesebuah negara dibom maka mencari pengganas, umat Islamlah yang dipersalahkan.Kita memang membenci orang yang membunuh orang tanpa sebab. Kita Islam. Islam agama kasih sayang dan keadilan.

Hari ini hari kesedihan dan duka buat kita semua orang Islam dan semua insan yang ada hati dan perasaan. Kita Islam agama kasih sayang.

Ya Allah yang Maha Azim ampunkanlah dosa kami semua orang Islam sudah lama meninggalkan perintah berdakwah dan berjuang sehingga kami begitu lemah sekali.

Kembalikan kemuliaan dan kekuatan kami orang Islam. Kita orang Islam sayang semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Tetapi orang jahat ini patut dihukum mati segera.

Ya Allah balasi si pelakunya dengan balasan yang setimpal bahkan lebih teruk lagi. Semoga hidayah tersebar seluruh alam.




No comments:

Powered by Blogger.