Bagaimana Ingin Istiqamah Dalam Ibadah
Istiqamah? Sering dengar perkataan ini, namun susah untuk melakukannya, bukan? Mengapa? Megapa susah benar nak istiqamah?
Susah nak istiqamah untuk diet. Susah nak istiqamah untuk membaca al-Quran sehelai muka surat sehari. Susah betul nak istiqamah menghadiri majlis ilmu. Susah betul nak istiqamah daripada tinggalkan perbuatan mencarut. Mengapa?
Istiqamah berasal daripada perkataan Arab, iaitu istiqama yang bermaksud tetap teguh mengikuti satu jalan atau dengan kata lain membawa erti konsisten dalam melakukan sesuatu.
Secara khusus, istiqamah diberi erti oleh Imam al-Nawawi dalam kitab Riyadus solihin, iaitu sentiasa mengikut ketaatan kepada Allah yang telah diberikan penekanan melalui al-Quran dan hadis.
Tahukah anda, kita mudah sangat menerima godaan dan ujian dalam hidup. Ia sudah sebati kerana ia merupakan cabaran yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ujian untuk istiqamah juga merupakan salah satu cabaran yang perlu kita tempuh.
Syurga itu untuk semua makhluk, namun untuk mendapatkannya bukan mudah, malah perlu dibayar dengan harga perjuangan dan usaha gigih.
Jika pada zaman para sahabat, mereka membayar harga syurga dengan berkorban dan berjuang bermati-matian untuk melindungi agama Allah ini, namun pada zaman ini, apa yang ingin diperjuangkan? Mahu perangi musuh islam dengan cara bagaimana? Menghunus senjatakah?
Nah, perangilah nafsu anda yang ada di dalam diri. Nafsu untuk berbuat kejahatan, nafsu jahat yang tidak lari dari dosa. Nafsu yang sentiasa menghalang anda daripada istiqamah
Istiqamah Itu Susah Tapi Tak Mustahil
Tahukah anda, istiqamah itu perkara paling susah untuk dilakukan. Ia merupakan sebuah hijrah yang sebenar yang boleh dilakukan. Menurut sebuah hadis yang telah diriwayatkan, bermaksud:
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Rasulullah SAW sentiasa berdoa dengan doa tersebut kerana baginda tidak tahu sampai bila Allah akan menjaga hati. Mungkin dengan satu dosa yang kita buat, Allah akan palingkan diri kita daripada jalanNya. Berhati-hatilah dan sentiasalah meminta petunjuk daripada Allah agar hati kita sentiasa dalam jagaanNya.
Kita perlu sentiasa memohon kepadaNya supaya diberikan taufiq dan hidayah. Namun, pernahkah kita memohon agar ditetapkan hati untuk tidak berpaling daripadaNya?
Melakukan ibadah itu mudah, pasang sahaja niat dan azam lalu, laluilah harimu dengan perkara yang telah anda niatkan itu.
Namun tahukah anda, untuk istiqamah itu perlu usaha yang berlipat kali ganda? Di sini, penulis ingin memberitahu beberapa syarat untuk istiqamah.
#1 – Ikhlas Kerana Allah
Untuk istiqamah, perbetulkan niat anda terlebih dahulu. Jangan niat kerana dunia, tapi niatlah kerana Allah. Niatlah untuk mengejar keredaan Allah semata-mata. Hidup ini bukan untuk mencari keredaan manusia, bukan untuk mengharapkan keredaan makhluk, bukan untuk meraih populariti, tetapi untuk mendapatkan padangan dan keredaan daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
Ø¥ِÙ„َّا ابْتِغَاءَ ÙˆَجْÙ‡ِ رَبِّÙ‡ِ الْØ£َعْÙ„َÙ‰ٰ
Mafhumnya: “Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.” (Surah al-Lail, 92:20)
#2 – Dilakukan Dengan Ilmu
Tuntutlah ilmu untuk mendekatkan diri kita dengan Allah dan agamanya. Jangan menuntut ilmu dengan membabi buta tanpa sumber yang sahih, tapi tuntutlah dengan cara yang betul seperti berguru dengan yang ahli, bertanya kepada yang arif dan membaca sumber rujukan yang betul.
Jika kita mempunyai ilmu, hidup kita akan lebih diberkati, kerana ilmu itu sebenarnya yang boleh menjaga kita. Tidak rugi mencari ilmu, malah Allah sentiasa membantu untuk memudahkan urusan kita dalam menuntutnya.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah mudahkan baginya jalan untuk menuju ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)
#3 – Istiqamah Mengikut Ajarannya
Sunnah telah mengajar kita cara yang betul dalam melakukan ibadah dan cara untuk beristiqamah.
Ikut sahaja ajarannya, insya-Allah hidup akan diberkati oleh Allah. Sepertimana firman Allah yang berbunyi:
رَبَّÙ†َا Ù„َا تُزِغْ Ù‚ُÙ„ُوبَÙ†َا بَعْدَ Ø¥ِØ°ْ Ù‡َدَÙŠْتَÙ†َا ÙˆَÙ‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ† Ù„َّدُنكَ رَØْÙ…َØ©ً ۚ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َنتَ الْÙˆَÙ‡َّابُ
Mafhumnya: “Mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”
Semoga hati kita sentiasa terpaut pada tali Allah untuk kekal di jalanNya sehingga berjaya menempuh pengakhiran yang baik.
No comments: