Ads Top

Rezeki Anak Ketiga, Alif Satar Dilantik Duta Harman Studio

Penyanyi Alif Satar melebarkan sayapnya apabila baru-baru ini terpilih bergelar duta jenama audio terkemuka, Harman Studio.

Menurut Alif, sebagai seorang penyanyi dia sememangnya memerlukan sistem audio yang bagus untuk kerjayanya itu malah selebriti berusia 29 tahun itu turut berkata lamaran ini adalah rezeki anak ketiganya yang bakal dilahirkan Oktober ini.

“Alhamdulillah, Harman Studio adalah jenama pertama untuk saya sebagai duta bagi tahun 2019. Saya sangat teruja kerana bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebaga duta, barangan daripada Harman seperti JBL memang digunakan dalam kehidupan seharian.

“Senang cerita, memang kena dengan minat saya yang tidak tertumpu hanya dalam bidang seni sahaja. Saya juga suka bersukan, jadi peranan sebagai duta saya akan gunakan sebaik mungkin,” katanya kepada KopiPlanet.com

Alif ditemui pada majlis pelancaran Harman Studio yang berlangsung di Sunway Geo Avenue, Selangor baru-baru ini.

Ruang studio dua tingkat itu menempatkan sudut pameran berkeluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi. Pengunjung dapat mengalami sendiri gaya hidup Harman yang dijelmakan semula oleh pembesar suara mudah alih dan fon kepala Harman.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Harman Asia Pasifik, Mark Ng berkata pemilihan Alif adalah tepat kerana gaya hidup aktif yang dibawakan Alif amat sesuai mewakili jenama tersebut.

“Kami amat berbesar hati mempunyai Alif Satar sebagai duta kami. Dia melambangkan nilai dan kualiti yang dibawakan oleh Harman. Paling penting, dia juga percaya kepada jenama Harman,” katanya.

Bersempena dengan pembukaan studio utama Harman, para pelanggan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 95 peratus untuk item terpilih. – KopiPlanet.com

The post Rezeki Anak Ketiga, Alif Satar Dilantik Duta Harman Studio appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.