Ads Top

(Video) Nak Pergi Melancong? Berikut Adalah Tip Penting Untuk Pilih “Backpack”

Melancong ke sesuatu tempat, sama ada berkumpulan ataupun solo sentiasa menjadi impian setiap orang. Peluang untuk melawat tempat orang bukan datang selalu.

Tetapi, sebelum keluar mengembara, khususnya ke luar negara, banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Soal keselamatan, kesihatan, insurans sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti memilih bagpack juga perlu diambil kira.

Jadi, kali ini kami berkongsi beberapa tips untuk memilih bagpack yang sesuai dan paling penting, memberi jaminan keselesaan untuk anda ketika melancong.

1. Kalis air

Bagpack yang hendak dibeli mestilah kalis air memandangkan banyak kelengkapan yang perlu dibawa termasuklah dokumen pengenalan diri.

Anda sudah tentu tidak mahu barang-barang yang dibawa basah sekiranya anda terperangkap dalam hujan ketika di tempat orang kerana ia menyukarkan anda kelak.

2. Zip boleh kunci

Amat penting untuk memilih backpack yang menyediakan zip dua arah untuk semua ruang beg (compartment). Zip dua arah mempunyai dua pemegang zip yang boleh dikunci.

Ini kerana, anda sudah tentu mahu mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti orang membuka beg anda daripada belakang tanpa anda sedari hingga kehilangan barangan berharga.

Alasan keduanya, ia bagi mengalakkan anda daripada menjadi mangsa keldai dadah. Zip beg yang mudah dibuka memudahkan inidividu-individu yang mempunyai niat tidak baik untuk meletakkan sesuatu di dalam beg yang anda galas.

3. Multiple compartment

Bagpack yang baik untuk dibeli semestinya memiliki pelbagai ruang yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Ruang yang banyak ber,aksud anda boleh membahagiakan kelengkapan yang dibawa kepada beberapa tempat simpanan sekaligus memudahkan akses sekiranya anda dalam keadaan tergesa-gesa.

Satu lagi, sudah menjadi kebiasaan anda mendapat kiriman daripada rakan-rakan yang mahu anda membeli sesuatu untuk mereka sekiranya melancong ke tempat orang kelak kan.

4. Bagpack rangka dalam

Terdapat dua jenis bagpack dalam pasaran iaitu jenis internal frame dan external frame. Anda dinasihatkan untuk memilih jenis internal frame kerana bianaannya yang lebih menarik.

Selain itu, jika anda menggunakan bagpack jenis external frame, ada kemungkinan untuk beg anda tersangkut pada mana-mana bahagian persekitara terutamanya ketika anda melakukan aktiviti outdoor seperti ke kawasan air terjun dan sebagainya yang perlu melalui kawasan berhutan.

Internal frame juga biasanya membuatkan beg anda menjadi lebih ringan kerana kebanyakannya dibina menggunakan karbon fiber, malah ia juga lebih lasak.

5. Pad sokongan

Anda perlu memastikan beg yang dibeli mempunyai pad sokongan badan pada semua bahagian iaitu bahu, belakang dan pinggang.

Jika anda membawa barang yang banyak ketika melancong, anda tentu tidak mahu memberi tekanan kepada bahagian bahu belakang dan  pinggang anda kan.

6. Beg isian sisi

Beg isian sisi membenarkan anda untuk mencapai barangan yang disimpan di dalam beg dengan mudah. Jika anda memilih beg isian atas, satu-satu caranya untuk anda mencapai barang adalah melalui bukaan di atas sahaja.

Keadaan ini mungkin menyusahkan anda sekiranya anda perlu mencapai sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa.

Untuk memahami lebih lanjut tips yang dikongsikan, sila tonton video dibawah.

 

Sumber: Nomadic Matt

The post (Video) Nak Pergi Melancong? Berikut Adalah Tip Penting Untuk Pilih “Backpack” appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.