Ads Top

“Nak Marah Pun Sampai Tahap Mana…” – Kak KM Sedia Lupakan Sengketa Dengan Kak Nona

Usahawan selebriti sensasi, Liana Rosli atau lebih sinonim dengan panggil Kak KM bersedia u untuk melupakan sengketa dengan kakaknya iaitu Kak Nona.

Kak KM berkata, dia tidak kisah untuk berbaik dengan kakaknya itu setelah berlaku konflik dan tidak lagi berjumpa atau berhubunh sejak Raya Haji tahun lalu.

“Kalau Kak Nona nak berbaik, takkan nak tolak pula. Kakak kita kot. Nak marah pun sampai tahap mana sangat. 

“Kalau nak berbaik silakan, saya boleh lupakan segala sengketa yang pernah berlaku. Saya Boleh lupakan macam tu je sebab dia darah daging kita,” jelasnya.

Kak KM berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), semalam.

Jelas Kak KM, apabila berlakunya konflik antara mereka berdua, dia tidak pernah meminta adik beradik lain untuk menyebelahi dirinya.

“Saya pun tak pernah ajak adik-beradik lain untuk menyebelahi saya. Lagipun mereka tahu perkara yang sebenar. Saya pun tak nak buka aib sesiapa. 

“Kita pun nak puasa. Hubungan kami selama ini pun memang rapat. Biasa Kalau hari pertama puasa tu, semua adik-beradik wajib berkumpul nak berbuka puasa sama-sama,” jelasnya.

Mengulas megenai tuduhan yang mendakwa dia mencanang masalah rumah tangga kakaknya itu, Kak KM menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

Tegasnya, Kak Nona sendiri yang terlebih dahulu memberi bayangan mengenai konflik rumah tangga yang dihadapi menerusi beberapa kenyataan dalam siaran langsung di media sosial miliknya.

“Dia yang buka sendiri… Kenapa pula saya yang dikatakan canang masalah rumah tangga dia? 

“Ketika live, bila orang tanya suami mana, dia jawab suami balik kampung. Suami pula bila buat siaran langsung beritahu sedang dalam proses memujuk isteri,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Nak Marah Pun Sampai Tahap Mana…” – Kak KM Sedia Lupakan Sengketa Dengan Kak Nona appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.