Ads Top

“Insya-Allah Benda Baik Kita Kongsi…” Spekulasi Kehamilan Diperkatakan, Amira Othman Mohon Ruang Privasi

Penyanyi dan pelakon popular, Amira Othman semua pihak dapat memberi ruang privasi susulan khabar angin dirinya kini sedang hamil.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 33, sedar status sebagai selebriti akan menjadi ‘buruan’ dan perhatian orang ramai, namun buat sementara ini dia mahukan kehidupan peribadi tidak dikongsikan kepada umum. 

“Sebelum kahwin orang tanya pasal kahwin, dah kahwin orang tanya pasal mengandung. Kalau ada waktu bersesuaian pasti saya akan kongsikan. Saya mohon sedikit privasi dan ruang. 

“Saya minta doa baik-baik daripada semua peminat dan pengikut. Insya-Allah benda baik kita kongsi tapi pastinya kita juga perlukan ruang dan kehidupan seperti orang lain. Tapi tiba masanya saya akan kongsikan.

Amira berkata demikian ketika ditemui media pada acara pertunjukan fesyen raya Amber Eid’s Time For Love di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu juga tidak kisah apabila diasak dengan persoalan tentang kehamilan.

Bagaimanapun, dengan status sebagai ‘public figure’ dia dan suami juga ingin menjalani kehidupan seperti orang lain.

“Bagi saya tak bolehlah nak penat sebab ini memang lumrah sebagai ‘public figure’. Kadang-kadang soalan saya dah jawab pun akan ditanya lagi. Sama macam kita buat siaran langsung TikTok walaupun dah jawab akan tanya lagi soalan yang sama. 

“Bagi saya itu biasa, kalau kita tak nak orang tanya soalan begini mungkin kita tak patut berada dalam industri,” ujarnya. 

Baru-baru ini, timbul spekulasi Amira hamil apabila tular video dirinya yang sedang menjayakan sesi penggambaran baju raya hingga ramai mendakwa  kelihatan ‘baby bump’ di bahagian perutnya.

Selain itu, penyanyi berkenaan juga dikatakan mengalami simptom ibu mengandung selepas kerap dimasukkan ke wad sebelum ini.

Spekulasi turut tercetus apabila Fattah berkongsi khabar duka apabila Amira tidak dapat menyertainya ke Seoul berikutan isu kesihatan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi. – KopiPlanet.com

The post “Insya-Allah Benda Baik Kita Kongsi…” Spekulasi Kehamilan Diperkatakan, Amira Othman Mohon Ruang Privasi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.