Ads Top

Emma Maembong Mengaku Masuk Kelab, Hairan Wajahnya Dikaburkan

Setelah namanya menjadi sebutan, akhirnya pelakon popular Emma Maembong mengakui dirinyalah adalah artis yang tular mengunjungi sebuah kelab malam di Sibu, Sarawak.

Menerusi luahannya dalam satu video di Insta Story, Emma turut mempersoalkan wajahnya yang dikaburkan apabila video dan gambarnya itu tular.

“Saya ke Sibu sebab nak rakam video muzik dan kebetulan DJ Kace ‘spin’ di situ dan saya nak pergi tengok.

“Saya tak fahamlah kenapa orang suka memberi reaksi berlebih-lebihan sampai nak kena ‘blurkan’ muka saya.

“Saya sendiri yang masuk kelab tanpa memakai pelitup muka atau topi sebab memang nak pergi tengok dia spin,” jelasnya.

Ujarnya lagi, dia juga menyedari bahawa dirinya sedang dirakam namun memilih untuk tidak menghalang rakaman berkenaan.

“Bila orang rakam, saya yang lambai dengan mesra. Saya tahu ramai orang rakam dan biarkan benda itu terjadi. Jadi, bukannya saya menyorok di bawah meja,” ujarnya.

Pada masa sama, Emma turut memuji sikap masyarakat setempat di Sibu yang disifatkan sangat terbuka dan tidak menghukum.

“Orang-orang Sibu sangat ‘sporting’ dan mereka pun tidak ‘judgemental’ sangat,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Emma Maembong Mengaku Masuk Kelab, Hairan Wajahnya Dikaburkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.