Drama ‘Sesaat Lebih’ Angkat Kisah Ketabahan Seorang Wanita Kehilangan Suami
Viu perkhidmatan penstriman video terkemuka di bawah PCCW, bakal menayangkan siri Viu Original terbaharunya yang mengandungi 12 episod, Sesaat Lebih (Just A Little Longer), sebuah drama komedi romantik, bermula 29 Januari lalu.
Mengisahkan perjalanan rumit tentang cinta, kehilangan dan peluang kedua, episod baharu akan disiarkan setiap Khamis dan Jumaat secara eksklusif di aplikasi Viu.
Synopsis
Sesaat Lebih (Just A Little Longer) mengisahkan perjalanan emosi Adelia (Nabila Razali), seorang wanita berkerjaya yang kehidupannya musnah apabila suaminya, Haoyu (ALVN), meninggal dunia secara tiba-tiba.
Ketika Adelia bergelut dengan kesedihan dan cuba membina semula kehidupannya bersama anak perempuannya.
Kemunculan semula Adeef (Haziq Hussni), sahabat lama Haoyu sejak zaman universiti, mengimbau kenangan silam dan membawa mereka melalui satu perjalanan mengenali diri sendiri serta menemui kekuatan dan harapan yang baharu.
Siri ini turut dibintangi oleh Zila Bakarin, Hawra Jamalullail dan Fahmy Reza.
Pelakon & Pasukan Kreatif
Pelakon: Nabila Razali, ALVN, Haziq Hussni, Zila Bakarin, Hawra Jamalullail, Fahmy Reza
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Film Sdn Bhd
Idea Asal/Penulis Skrip: Liza Nur
OST Eksklusif: “Sampai Jumpa”
Dalam satu kolaborasi istimewa ini juga, tiga bintang utama iaitu Nabila Razali, ALVN dan Haziq Hussni bergabung tenaga untuk merakamkan lagu tema rasmi drama ini berjudul Sampai Jumpa.
Ketiga-tiga mereka turut mempersembahkan lagu tersebut secara langsung buat pertama kali di sidang media rasmi, memperlihatkan keserasian unik yang bukan sahaja terserlah di studio rakaman, malah turut terpancar di layar kaca. – KopiPlanet.com
The post Drama ‘Sesaat Lebih’ Angkat Kisah Ketabahan Seorang Wanita Kehilangan Suami appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: