Dunia Herbs Lancar Produk Terbaharu Mustajab Mini Sauna, Lantik Fasha Sandha Sebagai Duta Rasmi
Dunia Herbs hari ini melancarkan produk terbaharu, losyen Mustajab Mini Sauna dengan pilihan wangian eksklusif, sekali gus mengumumkan pelakon popular, Fasha Sandha sebagai duta rasmi jenama berkenaan.
Menurut Pengarah Dunia Herbs, Wan Noramira Wan Rosdi, pemilihan Fasha sebagai duta, adalah kerana personaliti aktres itu yang positif dan konsisten selari dengan identiti jenama Dunia Herbs.
“Fasha Sandha adalah seorang pelakon terkenal tanah air yang lakonannya dipuji dan mendapat sambutan oleh perbagai peringkat penonton. Oa secara tidak langsung menunjukkan kesungguhannya dalam melakukan sesuatu.
“Saya melihat Fasha Sandha dan Dunia Herbs mempunyai kerasian dan kerjasama yang sangat baik dan secara kebetulan kami berkongsi nilai yang sama iaitu konsisten dan tetap relevan di bidang masing-masing,” katanya.
Tambah Noramira, dengan kehadiran Fasha Sandha, Dunia Herbs dapat melonjakkan lagi jualan losyen Mustajab kerana komitmen beliau yang sangat positif dan sentiasa menyumbang idea dan input yang bernas bagi sama-sama memperkenalkan kebaikan losyen keluaran terbaharu itu kepada rakyat Malaysia.
“Kami juga akan memperluaskan pasaran losyen wangian ini kepada golongan muda yang mencari produk untuk menyelesaikan masalah seperti lenguh badan atau senggugut, selain inginkan kesegaran badan,” ujarnya.
Sementara itu, Fasha Sandha berkata, dia tidak teragak-agak menerima tawaran tersebut kerana sudah lama mengenali dan menggunakan produk Mustajab.
“Keluarga saya memang pengguna Mustajab. Apabila ditawarkan sebagai duta, saya tanya kalau ada formula baharu yang boleh buat Gen Z jatuh cinta. Dari situ tercetusnya idea losyen dengan pilihan wangian ini,” katanya.
Tambah Fasha Sandha, produk itu bukan sahaja berkesan, malah memberikan keyakinan kerana baunya yang harum.
“Dulu suami menjauh apabila bau minyak yang terlalu kuat, sekarang makin mendekat sebab wangi,” katanya berseloroh.

Pelantikan Fasha Sandha sebagai duta terbaharu ini meneruskan legasi Dunia Herbs yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan aktres Kuza, Nora Danish dan selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi.
Mengenai losyen Mustajab Mini Sauna, ia hadir dengan empat pilihan wangian iaitu Quince & Tulip, Golden Oud, Blooming Peach dan Amouge, bagi memenuhi keperluan pelbagai golongan.
Inovasi itu bertujuan memastikan produk Mustajab kekal relevan di pasaran, khususnya di kalangan golongan muda, tanpa meninggalkan losyen klasik yang sudah lama dipercayai pengguna.
“Jika sebelum ini tagline kami ialah ‘satu rumah satu losyen Mustajab’, kini kami menyasarkan konsep baharu iaitu setiap bilik dalam rumah ada satu losyen Mustajab kerana setiap wangian mempunyai karakter tersendiri,” kata Noramira.
Pelancaran ini dijangka membuka lembaran baharu buat Dunia Herbs dalam usaha mendekati generasi muda, sekali gus mengekalkan kepercayaan pengguna setia.
The post Dunia Herbs Lancar Produk Terbaharu Mustajab Mini Sauna, Lantik Fasha Sandha Sebagai Duta Rasmi appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: