Ads Top

SonaOne Bawa Pendengar Selami Perasaan Dalaman Ketika Jiwa Sedang Bergelora Menerusi Stamina

.Bintang hip hop tanah air, SonaOne, kembali menghangatkan industri muzik tempatan dengan single terbaharunya berjudul “Stamina” – sebuah karya yang membawa pendengar menyelami perasaan dalaman yang disimpan, saat kita cuba kekal tenang walaupun jiwa sedang bergelora.

Dilancarkan  di semua platform digital, “Stamina” menampilkan sisi lebih matang dan reflektif dari SonaOne. “Ia tentang mengekalkan ‘cool’ dalam situasi sukar. Bila kita nak luah, tapi kita tahan, berharap orang tu tak hilang begitu saja,” jelas SonaOne. “Ini stamina emosi — ketahanan hati, bukan fizikal semata-mata.”

Lagu ini dibina secara spontan — bermula dengan hook “mmm-mmm-mmm” yang dirakam secara rawak, namun kekal hingga ke versi akhir. “Saya tak fikir terlalu banyak. Saya hanya ikut rasa. K1O bantu perkemas beberapa baris akhir, dan Wolfy pula bantu bina struktur lagu dari draf asal saya. Kadang-kadang lagu terbaik datang bila kita berhenti cuba dan biarkan ia mengalir.”

SonaOne juga berkata, “demo STAMINA sendiri sudah memiliki jiwa. Kami hanya memperindahkannya tanpa menghilangkan perasaannya. Saya mahu mengekalkan rasa asli itu. Dari lakaran ke gambaran penuh, ia berkembang, tetapi degupan jantungnya tidak pernah hilang”.

Menurut SonaOne, “Stamina” hanyalah permulaan. “Ini baru pemanasan. Kenobi season akan datang. Akan ada lebih banyak muzik, lebih banyak visual, dan lebih banyak cerita. Sekarang saya lebih yakin nak berkarya dengan cara saya sendiri.”

Tiada gimik, tiada sensasi palsu — hanya karya jujur dengan produksi yang berkualiti. “Kalau lagu ni kena tepat dengan perasaan para pendengar, itu dah cukup bagi saya.”

Stamina” kini boleh didengari di semua platform penstriman digital. – KopiPlanet.com

The post SonaOne Bawa Pendengar Selami Perasaan Dalaman Ketika Jiwa Sedang Bergelora Menerusi Stamina appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.