Ads Top

Sudah Berlakon Empat Buah Filem Arahan Ahmad Idham, Nelissa Nizam Nafi Jadi Anak Emas

Pelakon yang semakin meningkat naik, Nelissa Nizam menafikan bahawa dirinya menjadi anak emas kepada pengarah popular Dr. Ahmad Idham.

Nelissa berkata, setakat ini dia baru sahaja empat kali bekerja dengan pengarah berkenaan, termasuk filem terbaharu iaitu Impak Maksima 2.

“Saya tak boleh nak halang kalau orang nak kaitkan saya sebagai anak emas beliau (Ahmad Idham). Lagipun ada juga projek beliau yang lain tidak membabitkan saya.

“Mungkin antara faktor saya kerap menjadi pilihannya kerana keserasian ketika bekerja dan saya suka dengan cara beliau mengarah,” ujarnya.

Nelissa berkata demikian ketika ditemui semasa sesi fotografi  bersama barisan pelakon Impak Maksima 2 di APD Crew Circuit, Seri Kembangan, Selangor.

Bercerita lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam Impak Maksima 2, pelakon itu memberitahu dia mengambil masa hampir dua bulan untuk mempelajari teknik memandu drift bagi menjayakan beberapa babak dalam filem tersebut.

Ujarnya, dia hanya melakukan babak aksi yang tidak melibatkan orang awam, manakala babak yang berisiko pula akan disempurnakan oleh pihak yang profesional.

“Untuk menjayakan watak dalam Impak Maksima 2 ini, saya pandu sendiri kereta dan mengambil masa selama lebih sebulan untuk pelajari teknik memandu drift.

“Cuma, jika ada babak yang bahaya sehingga melibatkan orang awam saya serahkan kepada mereka yang profesional untuk lakukan,” ujarnya.

Selain Nelissa, filem Impak Maksima 2 turut dibintangi pelakon lain seperti Arfie Shah, Zul Huzaimy, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi, Opie Zamie, Fad Bocey dan ramai lagi.

Filem tersebut akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 17 Julai ini. – KopiPlanet.com

The post Sudah Berlakon Empat Buah Filem Arahan Ahmad Idham, Nelissa Nizam Nafi Jadi Anak Emas appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.