Ads Top

Selepas 28 Tahun, Kamal Hassan & Mani Ratnam Kembali Bersatu Menerusi Filem Thug Life

Sesuatu yang luar biasa sedang menuju ke tengah kota. Bukan sekadar filem, Thug Life adalah pertembungan kuasa antara seni, keberanian dan semangat pemberontakan yang menampilkan barisan bintang utama terbesar dalam sinema India: Kamal Hassan, Mani Ratnam, A.R. Rahman, Silambarasan TR (STR), Trisha Krishnan, Abhirami, dan Ashok Selvan.

Dalam dunia di mana undang-undang dikawal oleh ketakutan dan kuasa berada di tangan mereka yang sanggup menjatuhkan sesiapa sahaja, muncul seorang lelaki yang dilupakan, dikhianati, namun tidak hancur.

Thug Life merangkai perjalanan seorang pejuang jalanan yang berubah menjadi simbol perlawanan. Ini bukan kisah biasa. Ini adalah kebangkitan seorang manusia yang dipaksa melawan sistem yang membinasa.

Filem ini menyatukan semula tiga figura ikonik yang telah mengubah wajah sinema India. Kamal Haasan, pelakon legenda, pemikir sinematik dan pengasas Raaj Kamal Films International dengan kariernya selama lebih 60 tahun bukan sahaja mencipta bintang, tetapi mencipta sejarah.

Mani Ratnam, nama yang sinonim dengan penceritaan sinematik yang berani dan berseni, kembali bergandingan dengan Kamal Haasan selepas 38 tahun, sejak karya agung mereka Nayakan. A.R. Rahman, komposer yang mencipta emosi melalui muzik dan pemenang dua Oscar serta pelbagai anugerah antarabangsa.

Kini, mereka kembali bersatu dengan dua pencipta legasi ini selepas 25 tahun. Kolaborasi mereka terdahulu dalam Indian, Alaipayuthey, dan Dil Se telah menjadi runut hidup berjuta-juta peminat.

Gabungan semula ini bukan hanya nostalgia, ia adalah penanda aras baharu kepada sinema moden. Silambarasan TR (STR) membawa jiwa pemberontak dan karisma yang menggelegak, di mana STR tidak hanya berlakon, dia hidup dalam setiap watak.

Trisha Krishnan, anggun dan berani, sekali lagi membuktikan bahawa wataknya bukan sekadar pelengkap, tetapi tunjang cerita. Abhirami, pelakon berdedikasi yang membawakan ketenangan dalam kekuatan, dengan kemunculannya semula dijangka memberi impak emosional.

Ashok Selvan, wajah baharu dengan pengalaman besar, pilihannya terhadap skrip bermutu tinggi menjadikannya suara generasi baru.

Filem ini bukan sekadar hiburan, ia adalah suara, ia adalah perjuangan, ia adalah pantulan dunia sebenar menurut Datuk Muhammad Yusoff, Pengasas DMY Creation, pengedar rasmi Thug Life di Malaysia.

DMY Creation berperanan membawa filem ini ke layar Malaysia, sementara AP International telah memperoleh hak tayangan antarabangsa, memperkukuh lagi status global Thug Life sebagai karya blockbuster yang bakal mendunia.

Thug Life akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 5 Jun ini. – KopiPlanet.com

The post Selepas 28 Tahun, Kamal Hassan & Mani Ratnam Kembali Bersatu Menerusi Filem Thug Life appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.