Konsert 29th Anniversary: Symphony of Ungu Bakal Tampil Dengan Konsep Orkestra
Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-29, kumpulan muzik popular Indonesia, Ungu bakal mengadakan konsert istimewa sempena “29th Anniversary – Symphony of Ungu”, bertempat di Plenary Hall, KLCC, 12 Julai ini.
Apa yang menariknya, kumpulan yang popular dengan beberapa siri lagu popular itu akan mengetengahkan konsep orkestra dalam konsert kali ini sekali gus menjanjikan pengalaman muzik yang lebih bertenaga khusus kepada peminat di Malaysia.
Dalam satu kenyataan penganjur, pemilihan konsep berkenaan bertujuan memberikan nafas baharu terhadap karya-karya Ungu serta mengimbas kenangan bersama peminat sejak dua dekad lalu.
“Untuk konsert ini nanti, susunan dan gubahan muzik turut mendapat sentuhan istimewa pengarah muzik terkenal, J.P Denny.
“Kami percaya konsert ini mampu memenuhi jangkaan peminat, bukan sahaja kerana kehebatan Ungu sebagai kumpulan muzik yang konsisten sejak dulu, tetapi juga kerana konsep unik yang akan memperkukuh hubungan muzik antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Konsert yang akan berlangsung selama dua jam itu, menyasarkan kehadiran lebih 2,800 orang penonton.
Tiket untuk konsert ini boleh didapati menerusi platform www.ticket2u.com.my dan maklumat lanjut mengenai penjualan akan diumumkan tidak lama lagi.
Ungu sebelum ini dikenali menerusi lagu-lagu popular seperti Cinta Dalam Hati, Percaya Padaku, Andai Ku Tahu dan kekal relevan sebagai kumpulan muzik paling berpengaruh dari Indonesia. – KopiPlanet.com
The post Konsert 29th Anniversary: Symphony of Ungu Bakal Tampil Dengan Konsep Orkestra appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: