Ads Top

Tidak Sampai Sebulan Kembali Rujuk, Siti Jamumall Kena Cerai Buat Kali Kedua

Tidak sampai sebulan kembali rujuk, pasangan influencer popular, Siti Jamumall dan suaminya, ‘Aiman Tak Kisah’ kini telah bercerai buat kali kedua.

Apa yang mencuri tumpuan, lafaz cerai Aiman atau pemilik nama sebenar Khairul Aiman Abdul Kudus itu dibuat menerusi satu siaran langsung di platform TikTok yang dibuat Siti Jamumall, yang mana rakaman tersebut kemudiannya viral di media sosial.

“Siti Suriani binti Wahiddin, aku ceraikan kau dengan talak dua. See you in court,” lafaz Aiman ketika sesi live yang berlangsung.

Sebelum lafaz tersebut diucapkan, telah berlaku pertengkaran antara Aiman dan Siti Jamumall sebelum talak dilafazkan.

Kemudian selepas lafaz cerai dibuat, kelihatan Siti Jamumall dilihat ditenangkan oleh dua individu lain yang turut bersamanya.

Ternyata lafaz cerai itu dilihat dilafazkan secara berulang sebanyak tiga kali oleh Aiman sebelum sesi live berkenaan dihentikan secara mengejut.

Baru-baru ini, pasangan berkenaan pernah bercerai dan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu, tetapi mereka mengambil keputusan untuk kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.

Ketika ini, Siti Jamumall sedang hamil lima bulan hasil perkahwinan bersama Aiman, di mana mereka mendirikan rumah tangga di Satun, Thailand pada awal Jun 2024.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti Jamumall yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan bercerai pada Disember 2022. 

Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4. – KopiPlanet.com

The post Tidak Sampai Sebulan Kembali Rujuk, Siti Jamumall Kena Cerai Buat Kali Kedua appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.