Ads Top

Syazwan Shuhaimi Muncul Dengan Single Baharu Cinta Ke Syurga Berkonsepkan ‘Wedding Song’

Artis yang bernaung di bawah label hiburan terkemuka tanahair iaitu Syazwan Shuhaimi tampil dengan single terbaru beliau yang berjudul “Cinta Ke Syurga” setelah lebih daripada dua tahun.

Lagu ini merupakan hasil karya Aiman Sidek dan merupakan sebuah lagu yang menyentuh hati yang diinspirasikan dari majlis-majlis perkahwinan. Syazwan turut berkongsi inspirasi di sebalik single terbarunya ini.

“Inspirasi lagu ini datang bila saya menghadiri majlis perkahwinan sama ada kawan-kawan atau saudara mara. Pasti akan ada ‘wedding anthem’ yang selalu dimainkan.

“Jadi saya terdetik untuk melahirkan satu ‘wedding song’ yang kena dengan momen-momen hari bahagia mereka dengan menggunakan lagu saya,” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan mesej yang ingin disampaikan melalui lagu ini: “Saya ingin meraikan kisah-kisah cinta orang ramai melalui lagu ini. Saya pasti semua hubungan percintaan bermula dengan pelbagai rintangan sebelum sampai ke hari pernikahan mereka.

“Jadi pasangan-pasangan bahagia ini perlu kita raikan dan didoakan semoga hubungan mereka baik-baik sahaja sehingga ke syurga.”

Menceritakan mengenai penghasilan lagu ini, Syazwan bekerja rapat dengan Aiman Sidek yang merupakan komposer bagi lagu yang sungguh Istimewa ini.

Berkongsi pengalamanketika sesi rakaman, Syazwan berkata: “Secara jujurnya, saya paling kurang bersedia untuk merakamkan lagu ini. Kerana waktu itu, saya belum pasti adakah betul keputusan saya menampilkan lagu ini sebagai lagu terbaru saya.

“Tambahan pula pada ketika itu, saya banyak melancong ke luar negara dan saya hanya sempat buat satu latihan sahaja sebelum masuk ke studio rakaman. Alhamdulillah, apabila sesi rakaman diadakan, semuanya dipermudahkan dan hasilnya sangat memuaskan hati.”

Untuk makluman, lagu Cinta Ke Syurga telah dilancarkan pada 28 Jun 2024 dan juga boleh dimuat turun melalui iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKbox, Spotify, YouTube dan YouTube Music pada hari yang sama.

Manakala, lirik video Cinta Ke Syurga dari Syazwan Shuhaimi ini akan ditayangkan secara rasminya pada 28 Jun lalu di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment. – KopiPlanet.com

The post Syazwan Shuhaimi Muncul Dengan Single Baharu Cinta Ke Syurga Berkonsepkan ‘Wedding Song’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.