Ads Top

Didakwa Sebar Maklumat Dalaman Polis, Mamat Sepah Akui Dia & Isteri Ditahan Reman

Pelawak popular, Mamat Sepah tampil membuat kenyataan dengan mengkui dia dan isterinya, Nordiana Ibrahim merupakan individu yang ditahan polis.

Menerusi laporan mStar, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad dan isteri berkata memberi memberi kerjasama penuh ketika sesi soal siasat setelah didakwa menyebarkan maklumat dalaman berkaitan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

“Ya memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini. Alhamdulilah keadaan saya macam biasa saja.

“Lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain,” katanya.

Dalam laporan berita sebelum ini, isteri pelawak yang merupakan seorang anggota polis difahamkan telah dibebaskan selepa dua hari ditahan, manakala Mamat pula pada petang Khamis, kedua-duanya melalui jaminan polis.

Pada masa sama, Mamat mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lebih lanjut berbubung dakwaan tersebut.

“Untuk perkara itu saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang kan,” katanya.

Baru-baru ini heboh di media sosial berkenaan seorang pelawak yang ditahan bersama isterinya bagi memberi kenyataan dalam kes penyebaran maklumat dalaman IPD Shah Alam di aplikasi Telegram. – KopiPlanet.com

The post Didakwa Sebar Maklumat Dalaman Polis, Mamat Sepah Akui Dia & Isteri Ditahan Reman appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.