Ads Top

I’m Not Stupid 3 Masih Kupas Isu Kekeluargaan, Pendidikan & Tekanan Masyarakat Di Singapura

Setelah tampil dengan dua buah filem iaitu I Not Stupid (2002) dan I Not Stupid Too (2006), Jack Neo yang juga pengarah filem terkenal dari Singapura, kini kembali dengan filem terbaru arahannya “I Not Stupid 3” yang masih berlata rbelakang Kota Singa.

Seperti dua naskah terdahulu, karya terbaru Jack Neo kali ini mengupas isu kekeluargaan, pendidikan serta tekanan masyarakat di negara republik itu yang menjurus kepada cabaran yang dihadapi pelajar dan ibu bapa mereka dalam mendepani sistem pendidikan kompetitif Singapura dengan motivasi berbeza serta dalam masa yang sama cuba mengimbangi emosi yang disebabkan oleh tekanan hidup serta tanggapan masyarakat sekeliling.

Filem ‘I Not Stupid 3’ menampilkan gabungan barisan pelakon dari Singapura, Malaysia serta China. Barisan pelakon kanak-kanak terdiri dari Zhou Yuchen, Camans Kong, Goh Wee-Ann and Joseph Ng Zhiyang.

.Selain itu filem ini turut dibintangi Hu Jing, Jae Liew, Collin Chee, Cheryl Desiree Chan, Xixi Lim, Ben Logan Sng, Glenn Yong, Terence Cao, Selena Tan, Patricia Mok, Anna Lin Ruping, Xiong Lingyi, Lee Kin Mun, Richard Low dan Jack Neo sendiri.

Filem ‘I Not Stupid 3’ mengisahkan Wang Zi Hao (lakonan Zhou Yuchen), seorang pelajar yang berasal dari Shanghai, China dan kini belajar di sekolah rendah tahap 6 dan menetap di Singapura bersama ibunya.

Zi Hao menghadapi tekanan akademik yang hebat apabila rakan sekelas baharunya, Jayden Lee Jun Wei (Camans Kong), menuduhnya menipu sewaktu dalam peperiksaan demi untuk mengekalkan statusnya di kedudukan teratas. Pada masa yang sama, ibu Zi Hao, Wen Ting (Hu Jing), dituduh melakukan pekerjaan tanpa visa yang sah oleh ibu kepada Jayden yang berdaya saing, Sophia (Jae Liew).

Di tengah-tengah kegawatan ini, kedua-dua ibu itu mengakui cabaran yang dihadapi anak lelaki mereka dan bersatu untuk memberi tumpuan kepada kebajikan anak-anak mereka di atas pencapaian akademik dan memilih untuk berdamai. Filem ini secara berkesan menggambarkan tekanan dan halangan yang dihadapi ibu bapa dan anak-anak semasa berusaha untuk cemerlang dalam pendidikan.

Secara keseluruhan filem ini dilihat berjaya menampilkan komedi ringan disulam dengan drama dan plot yang mudah untuk dijangkakan serta berjaya menyampaikan mesej yang menyentuh perasaan penonton disamping lakonan mantap oleh setiap barisan pelakonnya.

Bersedia untuk satu pengalaman emosi yang bercampur baur. Filem ‘I Not Stupid 3’ diedarkan oleh Mega Films Distribution dan kini telah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula pada 13 Jun lalu. – KopiPlanet.com

The post I’m Not Stupid 3 Masih Kupas Isu Kekeluargaan, Pendidikan & Tekanan Masyarakat Di Singapura appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.